Rusia tidak mahu akui risiko radiasi di loji nuklear Ukraine
Anggaran Waktu Membaca:
Stesen Tenaga Nuklear Zaporizhzhia di tenggara Ukraine adalah loji tenaga nuklear terbesar di Eropah. (Gambar: Andrey BORODULIN/AFP)
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menyatakan pada Ahad (28 Ogos) bahawa Rusia tidak mahu mengakui risiko radiasi yang besar di Loji Nuklear Zaporizhzhia di Ukraine sambil menambah bahawa itulah sebabnya mengapa ia menyekat draf terakhir Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear.
"Persekutuan Rusia saja yang memutuskan untuk menyekat kata sepakat terhadap dokumen terakhir tersebut selepas Persidangan Semakan Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear ke-10.
Rusia berbuat demikian untuk menyekat kandungan perjanjian yang hanya mengakui risiko radiasi yang besar pada Loji Nuklear Zaporizhzhia di Ukraine," menurut Jabatan Negara AS dalam kenyataannya.
Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas Rusia menyekat perjanjian mengenai draf terakhir semakan persetujuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu pada Jumaat (26 Ogos) yang dianggap sebagai batu asas pelucutan senjata nuklear berhubung kritikan terhadap tindakan Mosko di Ukraine.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.