Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rusia tidak akan patuhi keputusan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah

Anggaran Waktu Membaca:
Rusia tidak akan patuhi keputusan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah

(Gambar: Mikhail Klimentyev/SPUTNIK/AFP)

MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin menandatangani Rang Undang-Undang mengenai ketidakpatuhan Rusia terhadap keputusan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR), menurut Kremlin pada Sabtu (11 Jun).

Selaras dengan undang-undang baru itu, Rusia tidak akan mematuhi ketetapan ECHR selepas 15 Mac, apabila negara itu mengumumkan keluar daripada Majlis Eropah, lapor agensi berita Xinhua.

Sementara itu, pampasan yang dinilai ECHR akan dibayar dalam mata wang rubel dan hanya dipindahkan ke dalam akaun di bank Rusia.

Rang Undang-Undang itu sudah diluluskan oleh Majlis Persekutuan, atau Dewan Negara Parlimen Rusia pada Rabu (8 Jun).
 
Sumber : Bernama/KF/kf

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan