Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rusia terus bedil timur Ukraine sempena ulang tahun Hitler ceroboh Soviet Union

Anggaran Waktu Membaca:
Rusia terus bedil timur Ukraine sempena ulang tahun Hitler ceroboh Soviet Union

(Gambar: Fadel Senna/AFP)

Diterbitkan : 22 Jun 2022 06:45PM Dikemas Kini : 22 Jun 2022 06:46PM
KYIV: Tentera Rusia terus memperhebatkan serangan ke atas timur Ukraine sempena ulang tahun pencerobohan Hitler ke atas Soviet Union pada 1941.

Rusia juga sudah merampas lebih banyak lagi kawasan berhampiran bandar Severodonetsk dan Lysychansk.

Setiap bandar dan perkampungan di wilayah Luhansk juga dihujani bom yang tidak henti.

Kebanyakan serangan disasarkan ke loji kimia Azot sedang tentera Rusia semakin hampir menawan seluruh bandar Severodonetsk.

Rusia sudah menguasai seluruh bandar itu, kecuali loji di mana ratusan orang kebanyakannya para pejuang dan orang-orang awam sedang bersembunyi.

Televisyen Rusia juga menyiarkan video menunjukkan apa yang didakwa pejuang-pejuang Ukraine yang menyerah diri di sekeliling Severodonetsk tanpa tentangan.

Pergolakan itu dijangka akan menjadi bertambah hebat sedang negara-negara barat menghantar lebih banyak senjata kepada Ukraine.

Jerman juga sudah mengirimkan kumpulan pertama senjata-senjata berat, Panzer Howitzer 2000, yang boleh mencapai sasaran sejauh 40 kilometer.

Tentera Rusia juga sedang memperhebatkan serangan balasnya.

Presiden Vladimir Putin memberi amaran beliau akan memodenkan tentera Rusia termasuk melepaskan peluru berpandu balistik rentas benua Sarmat, menjelang hujung tahun ini.

Ia turut mampu melancarkan serangan nuklear ke atas Amerika Syarikat.

Kremlin juga mengancam untuk bertindak balas terhadap Lithuania kerana menyekat beberapa kiriman ke kawasan Kalinin-grad.

Bagaimanapun, Lithuania mendakwa ia hanya mematuhi sekatan-sekatan Kesatuan Eropah (EU).
Sumber : Agensi berita/IA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa