Rusia tarik balik amaran tsunami susuli gempa 7.0 skala Richter
Anggaran Waktu Membaca:
Gunung berapi Krasheninnikov di Kamchatka, Rusia meletus selepas berabad-abad lamanya. (Gambar: X/volcaholic1)
MOSKO: Kementerian Perkhidmatan Kecemasan Rusia menarik balik amaran tsunami bagi Semenanjung Kamchatka pada Ahad (3 Ogos), selepas gempa sekuat 7.0 pada skala Ricter melanda Kepulauan Kuril yang berdekatan.
Kementerian itu sebelum ini memaklumkan di aplikasi Telegram bahawa ketinggian ombak dijangka rendah, namun tetap menasihati orang ramai supaya menjauhi kawasan pantai.
Sistem Amaran Tsunami Pasifik, yang mengukur gempa bumi itu pada magnitud 7.0, menyatakan tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) turut mengesahkan magnitud gempa itu adalah 7.0.
Awal pagi Ahad, Gunung Berapi Krasheninnikov di Kamchatka meletus buat kali pertama dalam 600 tahun, lapor agensi berita negara Rusia RIA dan para saintis.
Kedua-dua kejadian - gempa bumi dan letusan gunung berapi - berkemungkinan dikaitkan dengan gempa yang menggegarkan Timur Jauh Rusia minggu lalu, yang mencetus amaran tsunami sejauh Polinesia Perancis dan Chile, serta diikuti dengan letusan Gunung Klyuchevskoy, iaitu gunung berapi paling aktif di Semenanjung Kamchatka.
Saintis Rusia sebelum ini memberi amaran pada Rabu bahawa gempa susulan kuat dijangka berlaku di rantau tersebut dalam beberapa minggu akan datang.
"Ini adalah letusan pertama Gunung Berapi Krasheninnikov yang disahkan secara sejarah dalam tempoh 600 tahun," kata Olga Girina, ketua Pasukan Respons Letusan Gunung Berapi Kamchatka, menurut laporan RIA.
Dalam satu kenyataan di saluran Telegram Institut Vulkanologi dan Seismologi, Encik Girina menjelaskan bahawa aliran lahar terakhir dari Krasheninnikov berlaku sekitar 40 tahun selepas tahun 1463, dan tiada letusan yang diketahui sejak itu.
Cawangan Kamchatka bagi Kementerian Perkhidmatan Kecemasan Rusia menyatakan bahawa kepulan abu setinggi 6,000 meter direkodkan menyusuli letusan itu. Gunung tersebut mempunyai ketinggian 1,856 meter.
"Awan abu telah bergerak ke arah timur menuju Lautan Pasifik. Tiada kawasan berpenduduk di sepanjang laluannya," menurut kenyataan kementerian itu di Telegram.
Letusan gunung berapi ini diberi kod penerbangan ‘jingga’, yang menunjukkan risiko yang tinggi kepada pesawat, tambah kementerian itu.

Sumber : Reuters/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.