Rusia sertai China larang import makanan laut dari Jepun
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: STR/JIJI Press/AFP)
MOSKO: Rusia menyertai China dalam usaha untuk menyekat import ikan dan makanan laut dari Jepun, dedah pemerhati pertanian Rusia Rosselkhoznadzor pada Isnin (16 Okt).
Jepun mula melepaskan air radioaktif yang sudah dirawat dari loji nuklear Fukushima, ke dalam Lautan Pasifik pada Ogos.
Langkah tersebut disifatkan oleh Tokyo sebagai selamat. Namun, ia dikecam China, yang kemudian melarang import makanan laut dari Jepun.

BACA:
Rusia menyatakan sekatan yang dilaksanakan adalah "langkah berjaga-jaga", dan ia akan kekal sehingga maklumat lebih menyeluruh menunjukkan makanan laut dari Jepun selamat untuk dimakan.
Kementerian Pertanian, Perhutanan dan Perikanan pada Isnin menyatakan bahawa sekatan Rusia "tidak mempunyai asas saintifik, tidak adil dan mengecewakan". Jepun menggesa Rusia supaya menarik balik keputusannya, lapor agensi berita tempatan Kyodo.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan pada Isnin, sebelum Rusia mengumumkan sekatannya, Kementerian Luar Jepun menyatakan ia sudah menyediakan Rusia dengan maklumat tambahan sebelum 15 Oktober, berikutan dialog online antara dua negara itu pada 10 Oktober.
"Jepun akan terus menyediakan penjelasan berasaskan bukti saintifik kepada Rusia, dengan cara berterus terang dan jujur, sementara ia melalui semakan oleh IAEA (Agensi Tenaga Atom Antarabangsa)," tambah kenyataan itu.
Pada 10 Oktober, Kementerian Luar Jepun menyatakan ia sudah menjelaskan kepada Rusia tentang kaedah pemeriksaannya bagi bahan radioaktif, termasuk tritium, dalam produk makanan lautnya dan "keselamatan produk makanan laut Jepun yang berasaskan bukti saintifik".
Sejumlah besar ikan dan makanan laut Rusia ditangkap di perairan wilayah timur berdekatan dengan Jepun.
Tambahan pula, dari Januari hingga September, Rusia mengimport 118 tan metrik ikan dan makanan laut dari Jepun, tambah Rosselkhoznadzor.
Jepun juga merupakan pasaran eksport terbesar makanan laut Rusia, bersama China dan Korea Selatan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.