Rusia sedia tolak ansur dengan Trump berhubung perang Ukraine
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Tucker Carlson Network)
MOSKO: Presiden Rusia Vladimir Putin berkata pada Khamis (19 Dis) bahawa beliau bersedia untuk berkompromi mengenai Ukraine jika rundingan diadakan dengan bakal Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenai usaha untuk menamatkan perang dan tidak mempunyai syarat untuk memulakan perbincangan dengan pihak Ukraine.
Encik Trump sebelum ini telah berikrar akan menamatkan konflik dengan pantas, tetapi masih belum memberikan sebarang butiran tentang cara beliau akan mencapainya.
Encik Putin, yang menjawab pertanyaan di TV semasa sesi soal jawab tahunannya dengan warga Rusia, memberitahu wartawan saluran berita Amerika bahawa beliau bersedia untuk bertemu dengan Encik Trump.
Apabila ditanya apakah yang boleh ditawarkan kepada Encik Trump, Encik Putin menolak dakwaan bahawa Rusia berada dalam kedudukan lemah, dengan menegaskan bahawa Rusia telah menjadi lebih kuat sejak beliau mengerahkan tentera ke Ukraine pada 2022.
"Kami sentiasa berkata bahawa kami bersedia untuk mengadakan rundingan dan berkompromi," kata Encik Putin, selepas mengatakan bahawa tentera Rusia, sedang menuju ke arah mencapai matlamat utama mereka di Ukraine.
"Tidak lama lagi, rakyat Ukraine yang mahu berjuang akan berkurangan, pada pendapat saya, tidak akan ada lagi yang mahu berjuang. Kami bersedia, tetapi pihak lain perlu bersedia untuk kedua-dua rundingan dan kompromi."
Reuters melaporkan bulan lalu bahawa Encik Putin terbuka untuk membincangkan perjanjian gencatan senjata Ukraine dengan Encik Trump, tetapi menggesa Kyiv supaya menggugurkan cita-citanya untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
Encik Putin berkata pada Khamis (19 Dis) bahawa Rusia tidak mempunyai syarat untuk memulakan perbincangan dengan Ukraine dan bersedia untuk berunding dengan sesiapa sahaja, termasuk Presiden Volodymyr Zelenskyy.
Tetapi beliau berkata sebarang perjanjian hanya boleh ditandatangani dengan pihak berkuasa Ukraine yang sah, yang buat masa ini hanya Parlimen Ukraine dianggap sah oleh Rusia.
Encik Zelenskyy, yang penggalnya secara teknikal sudah tamat tetapi terpaksa menangguhkan pilihan raya disebabkan oleh perang, perlu dipilih semula sebagai pemimpin Ukraine untuk Mosko mengiktirafnya sebagai penandatangan yang sah kepada mana-mana perjanjian dari segi undang-undang, tegas Encik Putin.

Sumber : Reuters/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.