Skip to main content

Dunia

Rusia sasar Kyiv, wad bersalin di Odesa dalam serangan dron terbaharu

Rusia melancarkan satu lagi serangan dron besar-besaran terhadap Ukraine, kali ini menyasarkan Kyiv dan menimpakan kerosakan terhadap sebuah wad bersalin di pelabuhan selatan Odesa, menurut para pegawai wilayah pada awal Selasa (10 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Rusia sasar Kyiv, wad bersalin di Odesa dalam serangan dron terbaharu

Orang ramai berlindung di stesen metro semasa serangan dron Rusia, dalam konflik berterusan antara Rusia dan Ukraine, di Kyiv, Ukraine, pada 10 Jun 2025. (Gambar: REUTERS/Thomas Peter)

KYIV: Rusia melancarkan satu lagi serangan dron besar-besaran terhadap Ukraine, kali ini menyasarkan Kyiv dan menimpakan kerosakan terhadap sebuah wad bersalin di pelabuhan selatan Odesa, menurut para pegawai wilayah pada awal Selasa (10 Jun).

Serangan itu berlaku selepas Rusia melancarkan serangan dron terbesar ke atas Ukraine pada Isnin (9 Jun) - iaitu sebahagian daripada operasi yang diperhebatkan di mana Mosko menyatakan ia adalah tindak balas kepada serangan kejam Kyiv ke atas Rusia baru-baru ini.

Para anggota medik dikerahkan ke empat daerah di Kyiv selang beberapa jam selepas waktu tengah malam pada Selasa, termasuk di kawasan kejiranan bersejarah Podil, kata Datuk Bandar Vitali Klitschko menerusi aplikasi sembang Telegram.

Tentera Ukraine menyatakan serangan masih berlaku dan ia menggesa orang ramai supaya berteduh di tempat perlindungan bom.

Skala penuh dari serangan itu tidak segera jelas.

"Dron-dron musuh melancarkan serangan serentak terhadap beberapa kawasan bandar," kata Timur Tkachenko, ketua pentadbiran tentera Kyiv di Telegram.

"Terdapat kerosakan pada bangunan perumahan dan kebakaran. Pasukan penyelamat sedang melakukan kerja-kerja menyelamat di tempat kejadian."

Di pelabuhan selatan Odesa, satu serangan dron "besar-besaran" menyasarkan sebuah bangunan perubatan kecemasan dan sebuah wad bersalin, serta bangunan-bangunan perumahan, kata Gabenor daerah Odesa yang lebih meluas, Oleh Kiper di Telegram.

Encik Kiper tiada sebarang kecederaan atau kematian dilaporkan di hospital bersalin kerana kesemua pesakit dan kakitangan sudah pun dipindahkan.
Sumber : Reuters/HA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita