Rusia sahkan kes pertama varian baru COVID-19
Rusia mengesan kes pertama varian baru COVID-19 pada seorang rakyatnya yang pulang dari Britain dan diuji positif varian baru itu pada hujung bulan lalu, lapor agensi berita RIA pada Ahad (10 Jan), sambil menukil badan pemerhati kesihatan pengguna.
(Gambar: Reuters/REUTERS/Maxim Shemetov)
MOSCOW: Rusia mengesan kes pertama varian baru COVID-19 pada seorang rakyatnya yang pulang dari Britain dan diuji positif varian baru itu pada hujung bulan lalu, lapor agensi berita RIA pada Ahad (10 Jan), sambil menukil badan pemerhati kesihatan pengguna.
Rusia menggantung penerbangan ke Britain dari bulan lalu sehingga 13 Januari menyusuli kebimbangan berhubung varian baru COVID-19 yang dikesan di sana.
Negara itu juga menguatkuasakan tempoh pengasingan selama dua minggu bagi mereka yang tiba dari Britain.
Rusia pada Ahad melaporkan 22,851 kes baru COVID-19 termasuk 4,216 di Moscow, menjadikan jumlah terkumpul sebanyak 3,401,954 kes - keempat tertinggi di dunia - sejak pandemik itu mula menular di negara tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.