Rusia pula gantung perjanjian senjata nuklear ekoran langkah AS
Kedua-dua Amerika Syarikat dan Rusia kini menggantung penyertaan masing-masing dalam Perjanjian Pasukan Nuklear Jarak Sederhana (INF).
Presiden Rusia Vladimir Putin. (Gambar: Alexei Nikolsky/Kremlin/Reuters)
MOSKO: Kedua-dua Amerika Syarikat dan Rusia kini menggantung penyertaan masing-masing dalam Perjanjian Pasukan Nuklear Jarak Sederhana (INF).
Presiden Rusia Vladimir Putin, semasa mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Sergei Lavrov dan Menteri Pertahanan Sergei Shoigu di Mosko, berkata beliau membuat keputusan tersebut sebagai respons kepada langkah serupa yang diambil oleh Amerika Syarikat.
Sehubungan dengan itu, Presiden Putin mengarahkan tenteranya supaya memulakan kerja-kerja bagi mencipta peluru-peluru berpandu baru yang dilancarkan dari darat.
Peluru berpandu seumpama itu diharamkan di bawah perjanjian INF. Namun, Presiden Putin menambah bahawa Rusia hanya akan menempatkan peluru-peluru berpandu nuklear jarak sederhana jika Amerika Syarikat berbuat demikian.
INF merupakan perjanjian penting kawalan senjata yang dicapai pada tahun 1987 semasa era Perang Dingin.
Sementara itu, para pemimpin Eropah menyuarakan rasa bimbang mengenai kesan-kesan penamatan perjanjian tersebut.
Para pemimpin turut menggesa Rusia supaya menangani kebimbangan-kebimbangan tersebut sebelum Amerika Syarikat secara rasmi mengundurkan diri daripada perjanjian berkenaan pada Ogos.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat (1 Feb), NATO menyatakan bahawa sekutu-kutu Amerika Syarikat "menyokong sepenuhnya" pengunduran itu dan bersetuju bahawa sistem peluru berpandu 9M729 Rusia yang dilancarkan dari darat mencabuli perjanjian tersebut.
LAPORAN BERKAITAN:
AS gantung perjanjian senjata nuklear dengan Rusia
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.