Skip to main content

Dunia

Rusia nafi terlibat serangan siber terhadap bank Ukraine

Rusia menolak tuduhan Amerika Syarikat (AS) sambil menegaskan Moscow tidak terlibat dalam serangan siber ke atas bank Ukraine baru-baru ini, menurut Kedutaan Rusia di AS.

Anggaran Waktu Membaca:

WASHINGTON: Rusia menolak tuduhan Amerika Syarikat (AS) sambil menegaskan Moscow tidak terlibat dalam serangan siber ke atas bank Ukraine baru-baru ini, menurut Kedutaan Rusia di AS.

Timbalan Penasihat Keselamatan Negara bagi Teknologi Siber dan Teknologi Baru Anne Neuberger pada Jumaat (18 Feb) berkata pentadbiran Presiden Joe Biden percaya kejadian terbaru membabitkan penggodam siber Rusia yang menyasarkan entiti pemerintah Ukraine, termasuk kementerian pertahanan negara itu, lapor agensi berita Sputnik.

"Kami secara mutlak menolak tuduhan tidak berasas pentadbiran (AS) dan menegaskan bahawa Rusia tidak terlibat dalam kejadian itu dan tidak menjalankan sebarang operasi berniat jahat di alam siber," menurut kedutaan berkenaan menerusi catatan Twitternya.

Berikutan itu, Kedutaan Rusia menyifatkan kenyataan Cik Neuberger sebagai anti-Rusia.

Sumber : Bernama/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita