Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rusia nafi campur tangan pilihan raya Indonesia

Mosko semalam (4 Feb) menafikan sebarang pelibatan dalam pilihan raya Indonesia yang bakal diadakan selepas Presiden Joko Widodo mendakwa bahawa para pesaingnya menggunakan 'propaganda Rusia' bagi memutarbelitkan fakta dan menyebarkan berita palsu.

Anggaran Waktu Membaca:
Rusia nafi campur tangan pilihan raya Indonesia

Presiden Joko Widodo. (Gambar: Athit Perawongmetha/AFP)

Diterbitkan : 05 Feb 2019 08:58AM Dikemas Kini : 05 Feb 2019 09:01AM

JAKARTA: Mosko semalam (4 Feb) menafikan sebarang pelibatan dalam pilihan raya Indonesia yang bakal diadakan selepas Presiden Joko Widodo mendakwa bahawa para pesaingnya menggunakan 'propaganda Rusia' bagi memutarbelitkan fakta dan menyebarkan berita palsu.

"Seperti yang kita ketahui, istilah 'Propaganda Rusia' dicipta pada 2016 di Amerika Syarikat semasa pilihan raya presiden negara itu. Istilah ini tidak berasas sama sekali," menurut Kedutaan Rusia di Jakarta dalam satu catatan Twitter.

"Kami menegaskan bahawa Rusia tidak campur tangan dalam urusan domestik dan proses pilihan raya negara-negara asing, termasuk Indonesia, yang merupakan sahabat dan rapat penting kami."

Encik Widodo, yang bertanding bagi jawatan presiden buat penggal kedua, tidak menerangkan dengan lebih lanjut mengenai apakah yang dimasudkannya tentang istilah 'propaganda Rusia'.

Beliau juga tidak secara langsung menuduh Mosko campur tangan dalam pilihan raya itu.

Encik Widodo juga tidak mendedahkan pesaing mana yang terlibat dalam kempen tersebut.

Beliau akan bersaing dengan Prabowo Subianto bagi jawatan presiden dalam pilihan raya yang dijadual diadakan pada 17 April.

Mereka sebelum ini bersaing bagi merebut jawatan presiden Indonesia pada 2014.

Rusia berkali-kali dituduh campur tangan dalam pilihan raya pesiden Amerika Syarikat 2016 untuk mempengaruhi keputusan agar ia memihak kepada Donald Trump.

Mosko bagaimanpun menolak dakwaan-dakwaan tersebut. 

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan