Rusia mungkin serang 'pusat pembuat keputusan' di Kyiv dengan peluru berpandu baharu, kata Putin
Anggaran Waktu Membaca:
MOSKO: Rusia mungkin menggunakan peluru berpandu hipersonik Oreshnik yang baharu untuk menyerang "pusat-pusat pembuat keputusan" di Kyiv sebagai tindak balas terhadap tindakan Ukraine menggunakan peluru berpandu Barat untuk menyerang wilayah Rusia, menurut Presiden Vladimir Putin pada Khamis (28 Nov).
Sejak perang itu bermula 33 bulan lalu, Rusia tidak pernah menyerang bangunan-bangunan kementerian, parlimen mahupun pejabat presiden.
Presiden Putin mendakwa bahawa peluru berpandu baharu Rusia itu, tidak akan dapat dipintas oleh sistem pertahanan udara yang melindungi Kyiv.
"Tentu sekali, kami akan bertindak balas terhadap serangan berterusan ke atas wilayah Rusia yang menggunakan peluru berpandu jarak jauh buatan negara Barat, seperti yang telah dikatakan, termasuk dengan kemungkinan menguji Oreshnik dalam keadaan bertempur, seperti yang dilakukan pada 21 November," kata Encik Putin di sebuah sidang puncak di Kazakhstan.
"Buat masa ini, Kementerian Pertahanan dan ketua tentera sedang memilih sasaran untuk diserang di wilayah Ukraine. Ini boleh jadi kemudahan tentera, perusahaan pertahanan dan perindustrian, atau pusat pembuat keputusan di Kyiv," jelasnya.
Encik Putin berkata serangan besar-besaran semalaman ke atas Ukraine juga sebagai tindak balas terhadap penggunaan peluru berpandu balistik jarak sederhana (ATACMS) Amerika Syarikat oleh Kyiv.
Presiden Volodymyr Zelenskyy berkata Rusia menggunakan peluru berpandu pelayaran (cruise missile) dalam serangan itu, yang menyebabkan terputus bekalan elektrik kepada lebih 1 juta orang di seluruh negara ketika suhu menjunam ke paras beku di bawah sifar darjah Celsius. Presiden Zelenskyy mengutuk tindakan Rusia itu sebagai "peningkatan kezaliman".
Rusia menyatakan Ukraine melancarkan ATACMS ke arah barat Rusia buat pertama kalinya pada 19 November, mendorongnya untuk memberi tindak balas dua hari kemudian dengan melancarkan Oreshnik, sejenis peluru berpandu jarak sederhana baharu, di bandar Dnipro di Ukraine.
Sejak itu, Rusia menyatakan Ukraine melancarkan lebih banyak ATACMS di wilayah Kursk pada 23 November dan 25 November, dan menyerang Rusia dengan peluru berpandu British Storm Shadow juga, selepas Amerika Syarikat dan Britain bersetuju buat kali pertama untuk membenarkan Kyiv menyerang lebih jauh dari sempadan dengan senjata-senjata itu.
Encik Putin menekankan semasa sidang puncak itu, bahawa dari sudut pandangan Mosko, ia membawa kepada "penglibatan langsung" Barat dalam konflik bersenjata dengan Rusia.

Sumber : Reuters/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.