Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rusia mungkin lakukan jenayah perang, tahan ribuan kanak-kanak: Laporan AS

Anggaran Waktu Membaca:
Rusia mungkin lakukan jenayah perang, tahan ribuan kanak-kanak: Laporan AS

Gambar fail: YASUYOSHI CHIBA / AFP

Diterbitkan : 15 Feb 2023 12:27PM Dikemas Kini : 15 Feb 2023 12:28PM
WASHINGTON: Satu kajian yang disokong Pemerintah Amerika Syarikat (AS) menarik perhatian kepada kemungkinan Rusia melakukan jenayah perang pada Selasa (14 Feb).

Menurut laporan oleh Universiti Yale, sekurang-kurangnya enam ribu kanak-kanak dibawa ke 43 kem di merata Rusia untuk menjalani pendidikan semula politik.

Kanak-kanak itu berusia antara empat bulan hingga 17 tahun dan berasal daripada kawasan Ukraine yang diduduki termasuk Zaporizhzhia, Kharkiv dan Kherson.

Rusia belum lagi memberi sebarang respons terhadap laporan berkenaan.

Namun, Kremlin seringkali menggambarkan kem-kem itu sebagai projek kemanusiaan bagi anak-anak yatim yang ditinggalkan.

Bagaimanapun, tindakan tersebut melanggar Konvensyen Geneva yang melarang pemindahan individu secara paksa atau besar-besaran, dan ia dianggap sebagai jenayah perang.

Laporan tersebut menggesa untuk memberi akses kepada sebuah badan neutral kepada kem-kem tersebut dan agar Rusia henti mengambil angkat kanak-kanak dari Ukraine itu.
Sumber : AGENCIES/HA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan