Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rusia mula kerah tentera bagi perangi Ukraine

Anggaran Waktu Membaca:
Rusia mula kerah tentera bagi perangi Ukraine

Gambar: AFP

Diterbitkan : 23 Sep 2022 08:51AM Dikemas Kini : 23 Sep 2022 08:51AM
KYIV: Mosko memulakan kerahan tentera pada Khamis (22 Sep) untuk mencuba mengukuhkan semula usaha peperangan di Ukraine.

Pihak berkuasa juga menyatakan ribuan rakyat menawarkan diri meskipun beberapa lelaki rakyat Rusia melarikan diri untuk mengelak daripada dipaksa berperang.

Rakaman amatur yang disiarkan di laman media sosial sejak Presiden Vladimir Putin mengerahkan separa tentera pada Rabu (21 Sep) menunjukkan ratusan warga Rusia di seluruh negara menyahut seruan itu.
Tentera Rusia mengumumkan pada Khamis (22 Sep) bahawa sekurang-kurangnya 10,000 orang menawarkan diri untuk mempertahankan negara dalam masa 24 jam selepas pengumuman itu dibuat. Namun beberapa lelaki Rusia juga melarikan diri sebelum mereka dipaksa untuk sertai peperangan itu.
Majoriti mereka yang melarikan diri itu menaiki pesawat dari Mosko dan mendarat di Lapangan Terbang Yerevan, Armenia dan kebanyakannya enggan memberikan sebarang komen.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menyeru rakyat Rusia supaya menentang pengerahan separa tentera oleh Encik Putin semasa ucapan hariannya pada Khamis petang (22 Sep).

Lebih 1,300 orang diberkas semasa tunjuk perasaan antikerahan separa tentera di seluruh Rusia pada Rabu (21 Sep), menurut laporan sebuah kumpulan pemantau.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Khamis menuntut agar Encik Putin dipertanggungjawabkan semasa beliau bertemu dengan Rusia ketika sesi Majlis Keselamatan, yang mana Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyifatkan pencerobohan itu sebagai satu penganiayaan terhadap Ukraine.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov - yang enggan ditmui Encik Blinken sejak pencerobohan tersebut pada Februari lalu, menyelar tuduhan-tuduhan Barat.

Konfrontasi di peringkat diplomatik semakin meruncing ketika pegawai Kremlin di wilayah Ukraine yang dikawal oleh tentera Mosko berikrar pada Khamis untuk meneruskan tinjauan pengilhakan minggu ini.

Empat wilayah Ukraine yang ditawan Rusia - Donetsk dan Luhansk di timur dan Kherson dan Zaporizhzhia di selatan - mengumumkan akan mengadakan undian selama lima hari, bermula pada Jumaat (23 Sep).

Pemimpin barat yang berhimpun di New York minggu ini sebulat suara mengecam undian tersebut.
Sumber : AFP/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa