Skip to main content

Dunia

Rusia mengaku ujian peluru berpandu musnahkan satelit

Rusia pada Selasa (16 Nov) mengaku memusnahkan satu daripada satelitnya semasa melakukan ujian peluru berpandu. Namun, ia menolak dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa tindakan itu telah membahayakan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Anggaran Waktu Membaca:
Rusia mengaku ujian peluru berpandu musnahkan satelit

Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Nov 2021 10:53AM Dikemas Kini : 17 Nov 2021 11:00AM

MOSCOW: Rusia pada Selasa (16 Nov) mengaku memusnahkan satu daripada satelitnya semasa melakukan ujian peluru berpandu. Namun, ia menolak dakwaan Amerika Syarikat (AS) bahawa tindakan itu telah membahayakan Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Pegawai AS pada Isnin menuduh Rusia melakukan tindakan "berbahaya dan tidak bertanggungjawab" kerana menghasilkan awan serpihan sehingga memaksa kru di ISS mengambil langkah untuk mengelaknya.

Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan pihaknya "berjaya melancarkan satu ujian yang memusnahkan kapal angkasa Rusia, Tselina-D yang berada di orbit sejak 1982."

Menteri Pertahanan Rusia, Sergei Shoigu, kemudian berkata ujian itu menggunakan sistem yang dapat mengenai sasaran dengan 'tepat.'

"Serpihan yang terbentuk itu tidak memberi sebarang ancaman kepada aktiviti di angkasa," katanya menurut laporan agensi berita Rusia.

Menurut pegawai AS, mereka tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai ujian peluru berpandu anti-satelit itu yang menghasilkan lebih 1,500 serpihan.

Setiausaha Negara AS, Antony Blinken, pada Isnin berkata keadaan berbahaya masih belum berakhir, malah serpihan terbabit akan terus mengancam satelit dan kegiatan di ISS.

Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg pula menyifatkan ujian peluru berpandu itu sebagai tindakan 'melulu' dan 'membimbangkan'.

"Ia menunjukkan Rusia sedang membangunkan sistem senjata baru yang boleh menembak jatuh satelit," katanya dalam mesyuarat dengan menteri-menteri pertahanan Kesatuan Eropah (EU).

Namun, tentera Rusia menjelaskan pihaknya melaksanakan aktiviti yang sudah dirancang bagi memperkukuh keupayaan pertahanannya. Ia bagaimanapun menafikan ujian itu adalah berbahaya.

"Amerika Syarikat tahu dengan pasti bahawa serpihan yang terhasil, dari segi masa ujian serta parameter orbital, tiada dan tidak akan memberi sebarang ancaman kepada stesen orbital, kapal angkasa serta aktiviti angkasa," dakwanya.

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita