Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rusia mahu tamatkan konflik dengan Ukraine, kata PM Hungary

Anggaran Waktu Membaca:
Rusia mahu tamatkan konflik dengan Ukraine, kata PM Hungary

(Gambar fail: Gavriil GRIGOROV / POOL / AFP)

MOSKO: Presiden Rusia Vladimir Putin pada Jumaat (5 Jul) mengatakan bahwa Mosko menyokong "penyelesaian yang menyeluruh dan muktamad" terhadap konflik dengan Ukraine dan bukan "setakat gencatan senjata sahaja".

Presiden Putin bagaimanapun sekali lagi menegaskan permintaannya agar tentera Ukraine mengundurkan diri dari wilayah Donetsk, Luhansk, Kherson dan Zaporizhzhia dalam sidang media di Mosko setelah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Hungary Viktor Mihály Orbán, menurut laporan ANTARA. 

Syarat-syarat lain turut dipertimbangkan, tambahnya.

"Rusia komited kepada penyelesaian konflik secara menyeluruh dan muktamad. Syarat-syarat untuk hal ini akan dbentangkan dalam ucapan saya (kepada Kementerian Luar) termasuk pengunduran pasukan tentera dari wilayah Donetsk, Luhansk, Kherson dan Zaporizhzhia. Ada syarat-syarat lain yang menjadi pertimbangan," katanya.

Presiden Putin berpendapat bahawa Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy sengaja menghindari rundingan damai kerana rundingan sedemikian akan memerlukan beliau mengadakan pilihan raya dan peluangnya untuk menang semakin tipis.

Mengenai hubungan Rusia dengan Kesatuan Eropah (EU), Presiden Putin berkata hubungan kedua-dua pihak saat ini berada pada tahap terendah, lapor ANTARA. 

"Kami menyifatkan kunjungan Perdana Menteri Hungary Viktor Mihály Orbán sebagai peluang untuk memulihkan dialog dan memberikan dorongan tambahan," kata Presiden Putin.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, "hampir tiada negara yang menjalin hubungan dengan kedua-dua belah pihak dan Hungary adalah salah satu daripada segelintir negara yang melakukan sesuatu yang menjalin hubungan."

"Masih banyak langkah yang harus diambil untuk menamatkan perang. Kami telah mengambil langkah paling penting hari ini dengan menjalin hubungan dan akan terus menuju ke arah itu," ujarnya, seperti ditukil laporan ANTARA. 
Sumber : Agensi berita/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan