Skip to main content

Dunia

Rusia lancar serangan udara terbesar sejak bermula perang Ukraine sebagai tindak balas jambatan Crimea

Anggaran Waktu Membaca:
Rusia lancar serangan udara terbesar sejak bermula perang Ukraine sebagai tindak balas jambatan Crimea

(Gambar: Mikhail Klimentyev/SPUTNIK/AFP)

Diterbitkan : 10 Oct 2022 10:37PM Dikemas Kini : 10 Oct 2022 11:45PM
LONDON: Presiden Rusia Vladimir Putin berkata pada Isnin (10 Okt) bahawa Ukraine melakukan "aksi pengganas" terhadap Rusia dan berikrar untuk bertindak balas dengan tegas jika ia berterusan.

Dalam ucapan yang disiarkan di televisyen, Encik Putin berkata Mosko melancarkan serangan peluru berpandu jarak jauh ke infrastruktur tenaga, ketenteraan dan komunikasi Ukraine pada Isnin (10 Okt) sebagai tindak balas ke atas serangan jambatan penting yang menghubungkan Rusia dengan Crimea pada hujung minggu lalu, lapor Reuters.
Beberapa bandar di Ukraine bergelap atau terputus bekalan air manakala beberapa orang terbunuh dalam serangan peluru berpandu Rusia ke atas lebih 12 bandar Ukraine pada Isnin pagi (10 Okt).

Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba menggelar "Putin seorang pengganas yang bercakap menggunakan peluru berpandu."

Encik Putin berkata Rusia akan bertindak balas dengan "tegas" terhadap sebarang serangan lanjut oleh Ukraine.

Encik Putin juga menuduh Ukraine cuba melancarkan serangan ke atas loji janakuasa nuklear di Rusia dan saluran paip gas TurkStream.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita