Rusia lancar serangan dron, peluru berpandu di barat Ukraine termasuk kilang elektronik milik Amerika

Seorang anggota bomba di kawasan kediaman yang dilanda serangan dron dan peluru berpandu Rusia di wilayah Lviv, Ukraine pada 21 Ogos 2025. (Gambar: Agensi Media Perkhidmatan Kecemasan Ukraine di wilayah Lviv/ REUTERS)
Serangan udara itu adalah salah satu serangan terbesar Rusia tahun ini dan dilancarkan di tengah-tengah bantahan Mosko terhadap aspek-aspek utama saranan yang boleh menamatkan pertempuran berikutan pencerobohan Rusia pada Februari 2022 ke atas jirannya.
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump membincangkan usaha untuk menamatkan perang Ukraine dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di Alaska minggu lalu sebelum menjadi tuan rumah kepada Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky di Rumah Putih.
Dalam catatan media sosial pada Khamis (21 Ogos), Encik Trump mengkritik pendahulunya, Joe Biden, kerana tidak memberikan Ukraine lebih banyak senjata yang diperlukan untuk "melawan balik Rusia."
"Sangat sukar, jika tidak mustahil, untuk memenangi peperangan tanpa menyerang negara penceroboh," kata Encik Trump. "Ia seperti sebuah pasukan yang hebat dalam sukan yang mempunyai pertahanan yang hebat, tetapi tidak dibenarkan bermain untuk menyerang pasukan lawan. Tiada peluang untuk menang! Ia seperti itu dengan Ukraine dan Rusia."
PELBAGAI SERANGAN KE ATAS UKRAINE MINGGU INI
Rusia telah melancarkan hampir 1,000 dron dan peluru berpandu jarak jauh ke Ukraine sejak rundingan di Rumah Putih Isnin lalu, menurut pengiraan Ukraine.
Negara-negara Eropah sedang membincangkan bagaimana mereka boleh menggunakan aset ketenteraan untuk menghalang sebarang serangan Rusia. Tetapi Kremlin tidak akan menerima pengerahan mana-mana tentera dari negara NATO, dan Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov berkata pada Rabu bahawa membuat aturan keselamatan untuk Ukraine tanpa Mosko adalah sia-sia belaka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.