Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rusia, Korea Utara akan perluas hubungan dua hala, kata Putin

Anggaran Waktu Membaca:
Rusia, Korea Utara akan perluas hubungan dua hala, kata Putin

(Gambar: Mikhail Klimentyev/SPUTNIK/AFP)

Diterbitkan : 15 Aug 2022 08:30AM Dikemas Kini : 15 Aug 2022 08:30AM

SEOUL: Presiden Rusia Vladimir Putin memberitahu pemimpin Korea Utara Kim Jong Un bahawa kedua-dua negara itu akan "memperluaskan hubungan dua hala yang menyeluruh dan membina melalui usaha bersama," lapor media tempatan di Pyongyang pada Isnin (15 Ogos). 

Dalam suratnya kepada Encik Kim sempena hari pembebasan Korea Utara, Encik Putin berkata hubungan lebih erat akan membantu kedua-dua negara dan mengukuhkan lagi keselamatan dan kestabilan di Semenanjung Korea serta kawasan timur laut Asia, menurut agensi berita Korea Utara KCNA. 

Encik Kim juga mengutuskan surat kepada Encik Putin bagi menegaskan bahawa hubungan antara Rusia dan Korea Utara sudah terjalin sejak Perang Dunia Kedua dengan kemenangan ke atas Jepun, yang menjajah Semenanjung Korea. 

"Sokongan, kerjasama dan perpaduan strategik dan taktikal" antara Rusia dan Korea Utara sejak itu sudah mencapai tahap baru dalam usaha bersama untuk menangkis ancaman dan provokasi dari pasukan tentera musuh, kata Encik Kim dalam surat tersebut. 

KCNA bagaimanapun tidak pula mendedahkan identiti pasukan musuh yang dimaksudkannya, tetapi lazimnya digunakan untuk merujuk kepada Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya. 

Encik Kim juga menjangkakan kerjasama antara Rusia dan Korea Utara akan terus berkembang berdasarkan perjanjian yang dimeterai pada 2019 semasa beliau bertemu dengan Encik Putin. 

Pada Julai lalu, Korea Utara mengiktiraf dua "wilayah" pemisah di timur Ukraine sebagai wilayah merdeka dan para pegawai membangkitkan prospek pekerja Korea Utara dihantar ke kawasan-kawasan berkenaan untuk membantu kerja-kerja binaan.

Ukraine yang sedang menentang pencerobohan Rusia yang disifatkan Moscow sebagai "operasi khas tentera" dengan serta-merta memutuskan hubungannya dengan Pyongyang menyusuli pengumuman langkah tersebut. 

Sumber : Reuters/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa