Rusia kekal sebagai sahabat setia Iran, kata Putin
Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Rusia Vladimir Putin di Mosko, Rusia, pada 19 Mac 2026. (Gambar fail: Sputnik melalui Reuters/Vyacheslav Prokofyev)
MOSKO: Presiden Rusia Vladimir Putin mengucapkan tahniah kepada para pemimpin Iran sempena Nowruz, atau Tahun Baharu Parsi, dan berkata Mosko kekal sebagai sahabat setia serta rakan Tehran yang boleh dipercayai, menurut Kremlin pada Sabtu (21 Mac).
Namun, tahap sokongan Mosko terhadap Iran masih dipertikaikan.
Beberapa sumber Iran menyatakan ia menerima sedikit bantuan sebenar daripada Rusia dalam krisis terbesar negara itu sejak Shah yang disokong Amerika Syarikat digulingkan dalam revolusi 1979.
Encik Putin mengirim ucapan tahniah kepada Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Mojtaba Khamenei dan Presiden Iran Masoud Pezeshkian sempena tahun baharu Iran itu, menurut Kremlin.
“Vladimir Putin mengharapkan agar rakyat Iran dapat mengharungi ujian sukar ini dengan penuh maruah dan menegaskan bahawa dalam masa yang mencabar ini Mosko kekal sebagai sahabat setia dan rakan Tehran yang boleh dipercayai,” kata Kremlin.
Rusia menyatakan bahawa serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran menjerumuskan seluruh Timur Tengah ke dalam krisis besar serta mencetuskan krisis tenaga global, dan turut menyifatkan pembunuhan Pemimpin Tertinggi Iran Ayatollah Ali Khamenei sebagai satu tindakan “sinis”.
Syarikat media Politico melaporkan bahawa Mosko mengusulkan satu bentuk pertukaran dengan Washington: Kremlin akan menghentikan perkongsian maklumat risik dengan Iran jika Amerika Syarikat berhenti membekalkan maklumat risik kepada Ukraine, tetapi cadangan itu ditolak oleh Amerika Syarikat.
Kremlin menafikan laporan tersebut dan menyifatkannya sebagai satu kepalsuan.
Rusia kehilangan seorang sekutunya apabila Amerika Syarikat menggulingkan pemimpin Venezuela Nicolas Maduro, meskipun Mosko turut meraih manfaat daripada kenaikan harga minyak yang dicetuskan oleh serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran, yang merupakan rakan strategiknya.
Perjanjian perkongsian strategik antara Rusia dengan Iran tidak mengandungi fasal pertahanan bersama, dan Rusia berulang kali menegaskan bahawa ia tidak mahu Iran membangunkan senjata nuklear kerana bimbang ia akan mencetuskan perlumbaan senjata nuklear di Timur Tengah.

Sumber : Reuters/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.