Rusia dituduh "pencetus & pemadam pertempuran" di Syria
Seorang jeneral kanan Amerika, menuduh Rusia mewujudkan keadaan tidak stabil di Syria serta bertindak sebagai "pencetus dan pemadam pertempuran."
WASHINGTON: Seorang jeneral kanan Amerika, menuduh Rusia mewujudkan keadaan tidak stabil di Syria serta bertindak sebagai "pencetus dan pemadam pertempuran."
Jeneral Joseph Votel berkata demikian kepada Jawatankuasa Khidmat Bersenjata Dewan Kongres Amerika.
Kenyataan itu dibuat ketika satu gencatan senjata sepihak yang disytiharkan Rusia di Ghouta gagal bertahan.
Para penduduk mengatakan pesawat-pesawat pemerintah Syria meneruskan operasi pengeboman, selepas berhenti seketika.
Sebelum ini, Rusia meminta operasi tentera digantung lima jam bagi memindahkan mereka yang cedera dan membolehkan penduduk melarikan diri ke tempat lebih selamat.
Namun PBB menyatakan pertempuran yang berterusan menjadikan usaha menghulurkan bantuan dan menyelamatkan mereka yang cedera, hampir sukar untuk dilaksanakan.
Semua pihak digesa mematuhi gencatan senjata 30 hari seperti yang diluluskan Majlis Keselamatan PBB.
Tetapi tentera pemerintah Syria menuduh tentera pemberontak mengebom laluan selamat agar orang ramai tidak dapat melarikan diri.
Lebih 500 orang terbunuh dalam pertempuran seminggu di Ghouta yang dikuasai tentera pemberontak.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.