Rusia dakwa ramai askar terbunuh dalam serangan Ukraine
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Genya Savilov)
KYIV: Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan 63 askarnya terbunuh apabila tentera Kyiv melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kem tentera di bahagian timur Ukraine.
Ia sekali gus merupakan insiden yang menyebabkan paling banyak korban jiwa, yang pernah dilaporkan Kementerian Pertahanan Rusia setakat ini dalam kemelut tersebut yang berlarutan sejak Presiden Vladimir Putin mengarahkan tentera Rusia untuk mencerobohi Ukraine pada 24 Februari tahun lalu.
Sebaliknya, tanpa mengaku melakukan serangan itu, tentera Ukraine berkata hampir 400 askar Rusia terbunuh.
Serangan itu berlaku di bandar perlombongan Makiivka di wilayah Donetsk yang dikuasai Rusia, sekitar tengah malam Ahad lalu (1 Jan) ketika orang ramai sedang meraikan kedatangan Tahun 2023.
Peluru-peluru berpandu Ukraine itu dilaporkan gugur di sebuah sekolah yang dijadikan tempat tinggal askar-askar Rusia.
Kementerian Pertahanan Rusia menyatakan tentera Ukraine menggunakan peluru-peluru berpandu Himars yang dibekalkan Amerika Syarikat dalam serangan itu.

Sumber : Reuters/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.