Rusia bentang draf ketetapan Majlis Keselamatan PBB: gesa gencatan senjata di Timur Tengah
Anggaran Waktu Membaca:
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
GENEVA: Rusia membentangkan draf ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menggesa penamatan segera tindakan ketenteraan di Asia Barat, lapor Agensi Berita Rusia (TASS).
Dokumen yang diperoleh TASS itu menyatakan "kebimbangan mendalam terhadap peningkatan ketenteraan semasa di Timur Tengah dan sekitarnya, serta berkabung atas kehilangan nyawa yang tragis sepanjang permusuhan yang sedang berlaku di rantau itu."
Draf itu turut "menggesa semua pihak supaya menghentikan segera aktiviti ketenteraan mereka dan menahan diri daripada terus mencetuskan ketegangan di Timur Tengah dan wilayah luar."
Majlis Keselamatan juga "sangat menggalakkan semua pihak yang terlibat untuk kembali ke meja rundingan tanpa sebarang penangguhan dan memanfaatkan sepenuhnya saluran politik serta diplomatik."
Selain itu, dokumen berkenaan "menekankan kepentingan menjamin keselamatan semua negara di rantau Timur Tengah dan sekitarnya," menurut teks draf ketetapan yang diperoleh TASS itu.

Sumber : Agensi berita/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.