Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

AS, Rusia bakal adakan misi angkasa lepas bersama ke Zuhrah

Rusia dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju mengadakan misi penerokaan bersama ke Zuhrah (Venus), lapor Sputnik memetik ketua agensi angkasa lepas Roscosmos, Dmitry Rogozin.

Anggaran Waktu Membaca:
AS, Rusia bakal adakan misi angkasa lepas bersama ke Zuhrah

(Gambar: Sumber web)

Diterbitkan : 21 Nov 2021 03:35PM Dikemas Kini : 21 Nov 2021 03:52PM

MOSCOW: Rusia dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju mengadakan misi penerokaan bersama ke Zuhrah (Venus), lapor Sputnik memetik ketua agensi angkasa lepas Roscosmos, Dmitry Rogozin.

"Kami bersetuju untuk adakan misi bersama ke Zuhrah dengan Amerika," kata Rogozin dalam program YouTube Soloviev Live pada Sabtu (20 Nov).
Rusia merancang menghantar pesawat angkasa lepas Venera-D ke Zuhrah pada November 2029. Misi itu pada awalnya dirancang di bawah program usahasama Rusia-AS. Bagaimanapun, pada tahun lepas Roscosmos memaklumkan misi Venera-D akan menjadi projek bebas negara tanpa kerjasama antarabangsa.

Rusia juga menyasarkan untuk menghantar misi penerokaan Zuhrah pada Jun 2031 dan satu lagi pada Jun 2034, untuk mengkaji atmosfera planet itu selain mengumpul beberapa sampel tanah.

Pada Jun, jurucakap NASA memberitahu Sputnik bahawa agensi angkasa lepas AS bersedia membincangkan rancangan selanjutnya untuk penerokaan Zuhrah dengan Rusia.

Menurut NASA, AS merancang mengadakan dua visi ke Zuhrah dengan pelancarannya dijangkakan pada rangka masa 2028-2030.

Sumber : Bernama/SU/ha

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan