Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rusia akan uji peluru berpandu dalam latihan tentera laut bersama China, Afrika Selatan

Anggaran Waktu Membaca:
Rusia akan uji peluru berpandu dalam latihan tentera laut bersama China, Afrika Selatan

(Gambar: AP/Nardus Engelbrecht)

JOHANNESBURG: Rusia, China dan Afrika Selatan bersedia untuk memulakan latihan tentera laut di luar pantai Lautan Hindi Afrika Selatan pada Jumaat (17 Feb) sebagai membuktikan hubungan rapat antara ketiga-tiga negara tersebut. Latihan berkenaan diadakan di tengah-tengah pencerobohan Rusia di Ukraine dan hubungan tegang antara China dengan negara-negara Barat.

Latihan yang berlangsung selama 10 hari, yang dinamakan Mosi II, akan bertindan dengan ulang tahun pertama pencerobohan Rusia di Ukraine pada 24 Februari.

Frigat Rusia, Laksamana Gorshkov, tiba di Cape Town pada awal minggu ini dengan disertakan huruf "Z" dan "V" di bahagian tepinya, yang menandakan senjata Rusia di barisan hadapan di Ukraine dan digunakan sebagai simbol patriotik di Rusia.

Sebagai bantahan, sebuah kapal layar kecil yang mengibarkan bendera Ukraine dilayarkan oleh frigat Rusia di pelabuhan Cape Town. Para penunjuk perasaan Afrika Selatan yang membantah latihan tersebut, dijangka mengadakan tunjuk perasaan di konsulat Rusia di Cape Town pada Jumaat.

Ketibaan Laksamana Gorshkov mencetuskan kontroversi kerana ia dilengkapi dengan peluru berpandu hipersonik Zircon terbaru, yang merupakan senjata yang dikatakan Rusia boleh menembusi sebarang pertahanan peluru berpandu untuk menyerang sasaran di laut dan darat.

Kapal perang itu dijangka melaksanakan ujian peluru berpandu Zirkon semasa latihan tentera laut bersama,menurut agensi berita negara Rusia, TASS. Ujian tersebut merupakan pelancaran pertama peluru berpandu itu dalam satu latihan antarabangsa.

Di samping Laksamana Gorshkov, kapal-kapal lain yang mengambil bahagian dalam latihan maritim itu akan melibatkan sebuah kapal tangki minyak Rusia untuk mengisi minyak, sebuah frigat Afrika Selatan dan tiga kapal China - sebuah kapal pemusnah, frigat dan kapal sokongan, menurut kenyataan ketenteraan Afrika Selatan.

Latihan tentera laut bersama itu juga dilaksanakan sedang hubungan China dengan Washington kian menjadi tegang selepas belon perisiknya merentasi AS dan ditembak jatuh akhirnya oleh AS.

Latihan maritim tersebut akan diadakan dari Durban dan Richards Bay, pelabuhan-pelabuhan di wilayah KwaZulu-Natal, Afrika Selatan.

Liputan media bagi latihan berkenaan juga akan dihadkan.
Sumber : AP/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan