Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rusia akan tempatkan senjata nuklear berhampiran sempadan Belarus dengan NATO

Anggaran Waktu Membaca:
Rusia akan tempatkan senjata nuklear berhampiran sempadan Belarus dengan NATO

(Gambar: AFP/Vladimir Astapkovich/SPUTNIK)

MOSKO: Rusia akan tempatkan senjata nuklear taktikalnya berdekatan sempadan barat Belarus, kata utusan Rusia ke Minsk pada Ahad (2 Apr).

Langkah menempatkan senjata nuklear itu di hadapan pintu masuk negara-negara NATO akan memburukkan lagi keadaan antara Mosko dan Barat.

Dalam salah satu isyarat Rusia paling ketara sejak bermulanya pencerobohannya ke atas Ukraine 13 bulan lalu, Presiden Rusia Vladimir Putin berkata pada 26 Mac bahawa Rusia akan menempatkan senjata nuklear taktikal di Belarus.
Kedua-dua negara jiran Slav itu adalah secara rasminya sebahagian daripada "negara kesatuan" dan mereka sudah berunding selama beberapa tahun untuk melanjutkan usaha tersebut.

Proses itu dicepatkan selepas Minsk membenarkan Rusia untuk menggunakan wilayah Belarus supaya dapat mengerah tenteranya ke Ukraine pada tahun lalu.

Senjata tersebut "akan ditempatkan di sempadan barat negara kesatuan kita dan akan meningkatkan kemungkinan untuk memastikan keselamatan," kata duta Rusia ke Belarus, Boris Gryzlov, kepada televisyen negara Belarus.

"Ia akan dilaksanakan walaupun terdapat bantahan daripada pihak di Eropah dan Amerika Syarikat."

Encik Gryzlov bagaimanapun tidak mendedahkan perincian di mana senjata itu akan ditempatkan, namun beliau mengesahkan bahawa kemudahan penyimpanan akan disiapkan, seperti yang diarah Encik Putin, menjelang 1 Julai. Kemudian ia akan ditempatkan di bahagain barat Belarus.

Lithuania dan Latvia berada di bahagian utara Belarus, manakala Poland berada di timur. Negara tersebut merupakan bahagian sayap timur NATO yang sudah diperkuatkan dengan tentera dan senjata tambahan berikutan pencerobohan Rusia atas Ukraine.

AS dan rakan sekutu Kyiv sudah menyatakan bahawa mereka bimbang mengenai kemungkinan Rusia akan menghantar senjata nuklear ke Belarus, yang disifatkan Presiden AS sebagai "membimbangkan".

Presiden Belarus Alexander Lukashenko berkata pada Jumaat (31 Mac) bahawa Belarus juga akan membenarkan Rusia menempatkan peluru berpandu nuklear antara benua jika perlu.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan