Rusia akan sekat kelajuan YouTube hingga 70%
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar fail: AFP)
MOSKO: Kelajuan khidmat penstriman YouTube di Rusia akan diperlahankan sehingga 70% oleh pemerintah Rusia minggu ini.
Ini kerana YouTube gagal untuk menarik semula sekatan ke atas saluran media milik Rusia dan enggan membendung kandungan yang dipercayai menyebarkan berita palsu mengenai Rusia, lapor Astro Awani.
YouTube adalah antara platform yang masih boleh diakses di Rusia selepas konflik dengan Ukraine meletus dua tahun lalu.
Sungguhpun demikian, penghasil kandungan di Rusia tidak lagi boleh menjana pendapatan menerusi platform tersebut.
Saluran berita Rusia seperti RT sudahpun disekat dan kelajuan yang dikurangkan minggu ini adalah sebagai hukuman ke atas kegagalan YouTube untuk mengikut arahan pemerintah Rusia.
Sejak konflik Rusia-Ukraine tercetus, sekatan perdagangan dan teknologi telah dikenakan ke atas Rusia.
Menurut laporan Astro Awani, syarikat teknologi utama seperti Netflix dan Apple tidak lagi menawarkan produk mereka secara langsung di pasaran Rusia.
Namun begitu produk tersebut masih boleh dibeli menerusi pihak ketiga.
Akses kepada cip yang penting untuk infrastruktur IT juga terjejas.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.