Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rusa ditemui mati di Thailand, telan 7kg beg plastik

Seekor rusa liar dijumpai mati selepas menelan tujuh kilogram beg plastik dan sisa sampah lain di Thailand, menurut seorang pegawai hari ini (26 Nov). Penemuan itu membangkitkan kebimbangan mengenai pembuangan sampah sembarangan di kawasan perairan dan hutan di negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Rusa ditemui mati di Thailand, telan 7kg beg plastik

Rusa liar berusia 10 tahun mati, bedah siasat temui 7kg beg plastik. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 Nov 2019 10:01PM Dikemas Kini : 26 Nov 2019 10:16PM

BANGKOK: Seekor rusa liar dijumpai mati selepas menelan tujuh kilogram beg plastik dan sisa sampah lain di Thailand, menurut seorang pegawai hari ini (26 Nov). Penemuan itu membangkitkan kebimbangan mengenai pembuangan sampah sembarangan di kawasan perairan dan hutan di negara itu.

Thailand adalah antara pengguna plastik terbesar dunia, dengan rakyatnya menggunakan sehingga 3,000 beg plastik pakai buang setiap tahun, sama ada untuk membungkus makanan di gerai jalanan, atau barangan dapur.

Haiwan marin seperti kura-kura dan dugong mati di perairan yang dipenuhi sampah, dan bedah siasat mendapati plastik dalam perut antara punca kematian haiwan-haiwan tersebut.

Kini, sisa plastik menjejaskan pula haiwan darat di Thailand.

Menurut para pegawai, rusa berusia 10 tahun itu ditemui mati di taman negara di wilayah Nan, kira-kira 630 kilometer ke utara Bangkok.

“Bedah siasat mendapati beg plastik dalam perut antara punca kematiannya,” kata pengarah wilayah dilindungi di Taman Negara Khun Sathan,Encik Kriangsak Thanompun.

Beg-beg tersebut mengandungi serbuk kopi, paket mi segera, beg sampah, tuala dan seluar dalam, menurut gambar yang didedahkan taman negara itu.

Penemuan rusa itu dibuat beberapa bulan selepas anak haiwan dugong yang sakit mendapat perhatian di Thailand. Meskipun ia berjuang untuk hidup, haiwan itu bagaimanapun mati disebabkan jangkitan yang diburukkan lagi dengan plastik yang ditemui dalam perutnya.

Nasib yang menimpa haiwan itu turut membangkitkan kebimbangan mengenai pembuangan sampah di perairan dan hutan di negara itu.

Kematian rusa liar itu adalah "satu lagi tragedi," menurut Encik Kriangsak.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan