Skip to main content

Dunia

Runtuhan salji Himalaya: 4 maut, 5 masih tertimbus

Anggaran Waktu Membaca:
Runtuhan salji Himalaya: 4 maut, 5 masih tertimbus

Pekerja penyelamat melakukan operasi menyelamat berskala besar di daerah Chamoli selepas runtuhan salji menimbus lebih 50 pekerja daripada Organisasi Jalan Sempadan pada Jumaat (28 Feb). (Gambar: DIPR/AFP)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 02 Mar 2025 07:59AM Dikemas Kini : 02 Mar 2025 08:49AM
NEW DELHI: Empat pekerja maut manakala, operasi mencari dan menyelamat masih dilakukan untuk mencari lima lagi selepas kejadian runtuhan salji yang berlaku di negeri Uttarakhand, Himalaya, di utara India, lapor Anadolu Ajansi pada Sabtu (1 Mac).

Pihak berkuasa melancarkan operasi menyelamat berskala besar di daerah Chamoli selepas runtuhan salji menimbus lebih 50 pekerja daripada Organisasi Jalan Sempadan pada Jumaat (28 Feb).

Pegawai pertahanan India yang turut terlibat dalam operasi mengesahkan, walaupun 50 pekerja diselamatkan, empat orang meninggal dunia akibat kecederaan. Operasi menyelamat masih digerakkan untuk mengesan lima orang yang tertimbus.

Jurucakap pertahanan Lt. Kol. Manish Srivastava berkata helikopter digunakan secara berterusan untuk mengangkut peralatan penting, sumber dan memindahkan yang cedera.

Beberapa negeri di utara India mengalami hujan lebat dan salji turun dalam beberapa hari kebelakangan ini, mengakibatkan tanah runtuh di beberapa kawasan.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita