Runtuhan jambatan Baltimore mungkin sebabkan kerugian insurans berbilion dolar
Anggaran Waktu Membaca:
LONDON: Jambatan Francis Scott di Baltimore yang runtuh mungkin menyebabkan kerugian insurans berbilion dolar, kata pengerusi pasaran insurans komersil Lloyd's of London, Bruce Carnegie-Brown, pada Khamis (28 Mac).
Tragedi tersebut mungkin menyebabkan tuntutan insurans sebanyak AS$4 bilion (S$5.4 bilion), dedah agensi penarafan kredit Morningstar DBRS.
Meskipun demikian, ia terlalu awal untuk menganggarkan kerugian insurans yang bakal dituntut, kata
Encik Brown kepada Reuters.
Namun, Encik Brown berkata bahawa beliau "kagum" jika kejadian tersebut tidak menyebabkan kerugian berbilion dolar.
Beliau menambah bahawa "insiden itu mampu menjadi kerugian insurans maritim paling besar yang pernah berlaku".
Sebelum ini, rekod kerugian maritim berlaku akibat kemalangan kapal pesiar mewah Costa Concordia pada 2012.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.