Rundingan Trump-Kim gagal selepas Korea Utara tuntut tamatkan sekatan
Sidang puncak kedua antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berakhir dengan mendadak tanpa sebarang perjanjian dicapai antara kedua-dua pihak.
Sidang puncak kedua antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berakhir dengan mendadak tanpa sebarang perjanjian. (Gambar: Leah Millis/Reuters)
HANOI: Sidang puncak kedua antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un berakhir dengan mendadak tanpa sebarang perjanjian dicapai antara kedua-dua pihak.
Pertemuan kedua yang dinanti-nantikan antara kedua-dua pemimpin itu sepatutnya dibina atas sidang kemuncak pertama bersejarah mereka di Singapura, tetapi mereka gagal menandatangani kenyataan bersama seperti yang dijadualkan dan rundingan berakhir dengan kebuntuan.
Dalam satu sidang media, Encik Trump berkata punca perselisihan adalah soal sekatan.
"Pada dasarnya mereka mahu sekatan ditarik sepenuhnya dan kami tidak dapat berbuat demikian," jelasnya.
Namun demikian, Encik Trump menegaskan bahawa beliau "optimis bahawa kemajuan yang dibuat" sebelum dan semasa sidang kemuncak itu meletakkan mereka "di kedudukan yang boleh memberi hasil sangat baik" di masa hadapan.
Tambahnya lagi, beliau mahu melakukannya dengan "betul" dan bukannya tergesa-gesa.
Beliau berkata Encik Kim sudah berikrar untuk tidak meneruskan ujian nuklear atau peluru berpandu balistik - sesuatu yang sebelum ini beliau kenal pasti sebagai pengukur kejayaan.
Encik Trump yang telahpun meninggalkan Hanoi berkata beliau optimistik mengenai hubungannya dengan pemimpin Korea Utara, pada masa hadapan.
Encik Kim masih di Hanoi bagi meneruskan lawatan rasmi dua hari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.