Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rundingan tergempar Presiden Afghanistan, panglima tentera cuba sekat kemaraan Taliban

Presiden Afghanistan Ashraf Ghani pulang ke ibu kota negara itu pada Rabu (11 Ogos) selepas melakukan lawatan ke bandar Mazar-i-Sharif untuk mengadakan rundingan dengan pasukan-pasukan tenteranya yang. 

Anggaran Waktu Membaca:
Rundingan tergempar Presiden Afghanistan, panglima tentera cuba sekat kemaraan Taliban

Presiden Afghanistan President Ashraf Ghani (tengah) tiba di Mazar-i-Sharif. (Gambar: Pejabat Media Presiden Afghanistan/AFP)

Diterbitkan : 12 Aug 2021 12:29PM Dikemas Kini : 12 Aug 2021 12:43PM

MAZAR-I-SHARIF: Presiden Afghanistan Ashraf Ghani pulang ke ibu kota negara itu pada Rabu (11 Ogos) selepas melakukan lawatan ke bandar Mazar-i-Sharif untuk mengadakan rundingan dengan pasukan-pasukan tenteranya. Ini selepas Taliban menawan lebih 25 peratus ibu kota wilayah di negara itu dalam tempoh kurang seminggu.

Kunjungan presiden itu bagaimanapun dibayangi oleh serah diri beramai-ramai oleh ratusan askar Afghanistan berdekatan Kunduz di samping penaklukan satu lagi ibu kota wilayah lain oleh Taliban hanya dalam tempoh semalaman - ibu kota wilayah kesembilan ditawan sejak Jumaat lalu.

Menurut seorang pegawai tentera di Kunduz yang enggan mendedahkan namanya berkata, mereka dibedil serangan meriam di lapangan terbang Kunduz dan tiada pilihan selain menyerah diri.

Di Mazar, Encik Ashraf mengadakan perbincangan dengan orang kuat tempatan, Atta Mohammad Noor, dan panglima perang terkenal, Abdul Rashid Dostum, mengenai usaha mempertahankan bandar itu sedang Taliban semakin menghampiri bandar tersebut.

Para pegawai bagaimanapun tidak memberikan gambaran sebenar mengenai hasilnya, namun pada Rabu mengatakan dua pegawai tertinggi negara itu telah digantikan oleh Jeneral Hibatullah Alizia sebagai panglima tentera dan Jeneral Sami Sadat pula akan memimpin pasukan komando.

Jika bandar Mazar jatuh ke tangan Taliban, ia akan menjadi satu tamparan hebat kepada pemerintah Kabul dan menandakan keruntuhan pengaruh pemerintah di bahagian utara yang sekian lama menjadi kubu anti-Taliban.

Beberapa jam sebelum Encik Ashraf tiba, gambar-gambar yang dimuat naik ke akaun media sosial rasmi pemerintah menunjukkan Encik Abdul Rashid menaiki pesawat di Kabul dalam perjalanan ke Mazar, bersama-sama dengan pasukan komando.

Encik Abdul Rashid dituduh membunuh ratusan, jika tidak ribuan, tahanan perang Taliban ketika operasi yang disokong Amerika Syarikat (AS) pada 2001 menggulingkan pemerintahan kuku besi kumpulan tegar di negara itu.

Pertempuran di Afghanistan meningkat dengan mendadak sejak Mei apabila perikatan tentera pimpinan Amerika Syarikat memulakan peringkat akhir pengunduran askar yang dijangka selesai sebelum hujung bulan ini.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu menyatakan bahawa berlaku "lonjakan besar" pada jumlah warga Afghanistan yang terjejas dan 390,000 daripada mereka sudahpun kehilangan tempat tinggal akibat konflik berkenaan sejak awal tahun ini. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan