Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rundingan AS-Taliban ditangguh seketika hormati Ramadan

Rundingan damai antara Amerika Syarikat dan Taliban dihentikan seketika sempena hari pertama Ramadan, pada Isnin (6 Mei) dengan kedua-dua pihak masih buntu berhubung isu utama tentang tarikh tentera asing bakal berundur dari Afghanistan.

Anggaran Waktu Membaca:
Rundingan AS-Taliban ditangguh seketika hormati Ramadan

Gambar fail bendera Amerika.

Diterbitkan : 06 May 2019 11:39PM Dikemas Kini : 06 May 2019 11:42PM

DOHA: Rundingan damai antara Amerika Syarikat dan Taliban dihentikan seketika sempena hari pertama Ramadan, pada Isnin (6 Mei) dengan kedua-dua pihak masih buntu berhubung isu utama tentang tarikh tentera asing bakal berundur dari Afghanistan.

Kedua-dua pihak mengadakan enam pusingan rundingan sepanjang minggu lalu dengan sasaran untuk menamatkan perang paling lama melibatkan Amerika itu.

Rundingan yang diketuai wakil khas Amerika, itu mungkin menyaksikan Washington bersetuju untuk mengundurkan pasukannya selepas 17 tahun berada di Afghanistan.

Sebagai ganti, Taliban memberi jaminan tidak akan lagi memberi perlindungan kepada kumpulan-kumpulan pengganas seperti mana yang berlaku bagi Al-Qaeda sebelum serangan 11 September 2001.

Bagaimanapun, Taliban menganggap rundingan itu gagal.

Jurucakap politik Taliban, Suhail Shaheen memberitahu AFP rundingan itu dihentikan sementara pada hari pertama Ramadan untuk menghormati umat Islam yang berpuasa di siang hari dan bakal disambung semula pada Selasa.

Beliau berkata sebarang rundingan mengenai gencatan senjata atau dialog bersama Afghanistan tidak akan membuahkan hasil selagi Amerika belum mengumumkan tarikh pengunduran tenteranya dari negara itu.

Amerika hanya akan bersetuju untuk berundur, dengan syarat Taliban memberi jaminan keselamatan, gencatan senjata dan komitmen lain termasuk dialog ‘intra-Afghanistan’ dengan pemerintah Kabul dan beberapa wakil Afghanistan yang lain.

Namun, Encik Shaheen akur "beberapa kemajuan dicapai" dalam rundingan tersebut.

Pengarah Pusat Kajian Kemanusiaan dan Konflik Doha, Sultan Barakat juga berkata, rundingan itu bakal disambung semula esok dan setakat ini rundingan berjalan dengan baik.

Sumber : AFP/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan