Rundingan sulit PAS-UMNO dianggap tidak rasmi, kata Ismail Sabri
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Apa saja perbincangan mahupun rundingan antara parti politik dan UMNO perlu diadakan secara terang-terangan dan bukan 'dalam gelap'.
Naib Presiden UMNO Ismail Sabri Yaakob berkata sekiranya perbincangan atau rundingan itu dilakukan secara individu, maka ia bukan dianggap rasmi buat UMNO.
Beliau yang juga Perdana Menteri Malaysia mengulas mengenai demikian menyusuli kenyataan Mursyidul Am PAS, Encik Hashim Jasin yang berkata berlaku perbincangan antara kedua-dua parti berkenaan baru-baru ini.
"Kalau dalam (rundingan) gelap tak tahulah kita, kalau rundingan mestilah secara terang dan setiap rundingan pun perlu diputuskan oleh parti.
"Apa pun rundingan yang hendak dijalankan mesti secara rasmi dan diputuskan oleh UMNO. Kalau rundingan pertemuan lain dianggap tidak rasmi dan bukan keputusan oleh UMNO," jelasnya, seperti dinukil Astro AWANI.
Menurut Astro AWANI, Ismail Sabri turut mendedahkan bahawa beliau sendiri tidak tahu-menahu tentang rundingan tersebut, namun akur mana-mana pemimpin tidak boleh disekat daripada bertemu seorang rakan dalam kalangan PAS.
"Saya tak tahu sama ada rundingan atau tak, mungkin perbincangan atau sebagainya dan kita tidak boleh sekat siapa sahaja.
"Sesiapa pun boleh berjumpa rakan di kalangan PAS untuk berjumpa dan berbincang. Tapi seperti saya katakan, rundingan hanya sah dan jadi dasar parti apabila diputuskan oleh parti.
"Parti mesti memutuskan siapa wakil parti sah berunding dan sebagainya, itu daripada parti. Kalau pergi sendiri itu tidak boleh dianggap mewakili parti," katanya lagi, lapor Astro AWANI.
Sebelum ini, Encik Hashim mendedahkan berlaku ‘rundingan gelap’ Muafakat Nasional (MN) antara partinya dan pemimpin tertentu UMNO yang antara lain menyentuh tentang keperluan satu lawan satu dan mengelakkan pertembungan antara UMNO dan PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Sumber : Agensi berita/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.