Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rundingan perubahan iklim terbuntu, AS harus 'bertanggungjawab': China

Anggaran Waktu Membaca:
Rundingan perubahan iklim terbuntu, AS harus 'bertanggungjawab': China

Gambar Hiasan: Perubahan iklim membawa kepada beberapa bencana alam semula jadi. (Gambar: AFP/Jewel Samad)

SHANGHAI: Diplomasi perubahan iklim antara China dan Amerika Syarikat tidak boleh dipisahkan daripada ketegangan politik antara kedua-dua negara dan Washington harus bertanggungjawab atas berlakunya kebuntuan itu.

Demikian menurut Kementerian Luar China.

Hampir 200 negara akan berkumpul di Sharm El-Sheikh di Mesir untuk satu lagi pusingan rundingan iklim global.

Namun ketegangan diplomatik antara dua negara dengan sumber terbesar gas rumah hijau itu, dikhuatiri akan membayangi mesyuarat yang dikenali sebagai COP27.

Perjanjian dan pengisytiharan bersama oleh Beijing dan Washington membantu menyempurnakan Perjanjian Paris 2015, namun China menggantung semua perbincangan dua hala pada Ogos berikutan lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Nancy Pelosi ke Taiwan.
"China dan Amerika Syarikat sebelum ini punyai hubungan baik dalam bidang perubahan iklim dan bekerjasama dalam Perjanjian Paris yang dikuatkuasakan," kata jurucakap Kementerian Luar China dalam satu kenyataan media pada lewat Khamis (3 Nov).

"Pada masa yang sama, kerjasama iklim antara China-AS tidak boleh dipisahkan daripada hubungan iklim dua hala yang lebih luas," tambah jurucakap itu sambil menarik perhatian bahawa lawatan Cik Pelosi ke Taiwan adalah "pelanggaran serius terhadap kedaulatan China" dan Beijing tiada pilihan lain selain menangguhkan rundingan itu.

"Amerika Syarikat harus bertanggungjawab dalam perkara ini."

China bagaimanapun tidak menangguhkan kerjasama dengan negara lain dan akan terus menyokong proses rundingan iklim pelbagai hala, kata jurucakap itu.

Beliau juga menambah bahawa China "bersedia untuk berkomunikasi dan menyelaras dengan semua pihak" bagi memastikan rundingan COP27 berjaya.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan