Skip to main content

Dunia

Rundingan perdagangan AS-China capai kemajuan besar

Rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China sudah membuat kemajuan besar.

Anggaran Waktu Membaca:
Rundingan perdagangan AS-China capai kemajuan besar

Gambar fail Presiden Donald Trump (kiri) and Presiden Xi Jinping (kanan). (Gambar: Nicolas Asfouri/AFP)

Diterbitkan : 01 Feb 2019 05:01PM Dikemas Kini : 01 Feb 2019 05:08PM

WASHINGTON: Rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat dengan China sudah membuat kemajuan besar.

Demikian menurut Presiden Amerika, Donald Trump yang juga berharap satu perjanjian dapat dicapai menjelang tarikh akhirnya pada 31 Mac depan.

"Kami sedang cuba menghasilkan perjanjian perdagangan yang baru dengan China. Saya berpendapat ia akan menjadi kenyataan, sesuatu akan menjadi kenyataan. Ia akan menjadi satu perjanjian yang amat besar. Ia akan menjadi perjanjian perdagangan yang terbesar pernah dicapai.

"Saya berpendapat kami boleh mencapainya menjelang 1 Mac. Adakah ia satu kepastian hitam putih menjelang 1 Mac? Saya tidak tahu. Saya boleh katakan pada 1 Mac tarif terhadap China akan naik kepada 25 peratus dan ia tarif yang tinggi," kata Presiden Donald Trump.

Agensi berita rasmi Xinhua menyatakan China sudah bersetuju untuk mengimport lebih banyak barangan keluaran Amerika.

Antara lain China akan mengimport 500 juta tan kacang soya Amerika.

Selain itu Beijing juga bersetuju meningkatkan kerjasama dengan Amerika dalam soal melindungi hak intelektual.

Berhubung perkara itu, jawatankuasa tetap parlimen China sedang meneliti satu draf undang-undang pelaburan asing.

Rang itu melarang syarikat asing dipaksa memindahkan teknologinya kepada syarikat China.

Ia juga akan membenarkan syarikat asing mendapat akses yang sama dengan syarikat China terhadap dasar-dasar sokong perniagaan negara itu. 

Sumber : AFP/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita