Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rundingan pelucutan senjata nuklear Korea Utara tidak buahkan sebarang hasil

 Para pegawai kanan Amerika Syarikat dan Korea Utara sudah menamatkan rundingan mereka di Sweden mengenai pelucutan senjata nuklear Pyongyang.

Anggaran Waktu Membaca:
Rundingan pelucutan senjata nuklear Korea Utara tidak buahkan sebarang hasil

(Gambar fail: Jonathan Erns/Reuters)

Diterbitkan : 06 Oct 2019 03:25PM Dikemas Kini : 06 Oct 2019 03:28PM

STOCKHOLM, SWEDEN: Para pegawai kanan Amerika Syarikat dan Korea Utara sudah menamatkan rundingan mereka di Sweden mengenai pelucutan senjata nuklear Pyongyang.

Kedua-dua pihak memberikan kesimpulan berbeza mengenai rundingan itu.

Ketua perunding nuklear Korea Utara berkata ia tidak membuahkan sebarang hasil.

Encik Kim Myong Gil menyalahkan Amerika sepenuhnya kerana kegagalan itu.

Menurut Encik Kim Amerika enggan mengubah pandangan dan sikap lamanya.

Bagaimanapun Jabatan Negara Amerika mempertikaikan kesimpulan pihak Korea Utara itu.

Wakil Khas Amerika bagi Korea Utara, Encik Stephen Biegun, katanya, telah mengadakan perbincangan yang baik dengan Encik Kim.

Jabatan Negara menambah bahawa kenyataan awal dari pihak Korea Utara tidak mencerminkan kandungan atau semangat perbincangan selama lapan dan setengah jam itu.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan