Rundingan OPEC terbantut, Saudi enggan kecualikan Iran daripada pengurangan minyak
Rundingan-rundingan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) mengenai usaha mengurangkan pengeluaran minyak hari ini (7 Dis) menemui jalan buntu.

(Gambar: Alexander Klein/AFP)
VIENNA: Rundingan-rundingan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak (OPEC) mengenai usaha mengurangkan pengeluaran minyak hari ini (7 Dis) menemui jalan buntu. Ini selepas pemimpin kumpulan itu dari Arab Saudi enggan memberi pengecualian kepada Iran, yang dikenakan sekatan. Demikian menurut sumber-sumber OPEC.
Apabila ditanya hari ini (7 Dis) mengenai sama ada beliau yakin mesyuarat-mesyuarat yang diadakan akan berjaya mencapai satu persetujuan, Menteri Tenaga Arab Saudi Khalid al-Falih berkata: "Tidak."
OPEC mengadakan pertemuan di Vienna buat hari kedua, sebelum mengadakan perbincangan bersama para wakil dari negara bukan anggota, yang diterajui oleh Rusia.
Pada Khamis (6 Dis), OPEC bersetuju buat sementara waktu untuk mengurangkan pengeluaran minyak. Namun, ia tidak dapat memutuskan garis tertentu sementara menunggu Rusia untuk memberikan komitmennya, menurut sumber.
Pada Jumaat (7 Dis), empat sumber OPEC dan bukan OPEC menyatakan bahawa negara pesaing Arab Saudi, Iran yang dikenakan sekatan baru oleh Amerika Syarikat pada bulan November, juga sudah berikrar untuk memenuhi perjanjian itu.
"Iran akan menekankan agar ia dikecualikan daripada pengurangan minyak sehingga semua sekatan ditarik balik," menurut salah satu sumber OPEC.
Menurut satu lagi sumber, Tehran mahu kenyataan OPEC supaya menyebut bahawa Iran akan dikecualikan daripada pengurangan tersebut.
Dalam pada itu, Arab Saudi terus menerima tekanan daripada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk membantu ekonomi sejagat dengan tidak mengurangkan bekalannya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.