Skip to main content

Dunia

Rundingan Korea Selatan-Amerika selesai, pekerja ditahan bakal dibebaskan

Rundingan antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat berhubung pembebasan para pekerja Korea yang ditahan di Georgia selesai dijalankan, menurut seorang pegawai presiden pada Ahad (7 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Rundingan Korea Selatan-Amerika selesai, pekerja ditahan bakal dibebaskan

Gambar daripada video yang disediakan oleh Jabatan Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat (ICE) ini menunjukkan para pekerja kilang diiring keluar dari kilang kenderaan elektrik Hyundai Motor Group pada 4 September 2025 di Georgia. (Gambar: Corey Bullard/Jabatan Imigresen dan Kastam Amerika Syarikat melalui AP)

SEOUL: Rundingan antara Korea Selatan dan Amerika Syarikat berhubung pembebasan para pekerja Korea yang ditahan di Georgia selesai dijalankan, menurut seorang pegawai presiden pada Ahad (7 Sep).

Sebuah pesawat akan dihantar untuk membawa pulang rakyat Korea sebaik sahaja prosedur pentadbiran selesai, kata Ketua Staf Presiden, Kang Hun-sik, dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen.

“Hasil daripada maklum balas pantas dan bersepadu… rundingan bagi pembebasan para pekerja yang ditahan sudah dimuktamadkan,” kata Encik Kang.

“Hanya prosedur pentadbiran yang tinggal. Setelah ia selesai, sebuah pesawat sewa khas akan berlepas untuk membawa pulang rakyat kita,” tambah beliau.

Ejen persekutuan Amerika Syarikat pada minggu ini melancarkan serbuan di sebuah kemudahan pengilangan Hyundai Motor di Georgia. Operasi tersebut merupakan operasi penguatkuasaan terbesar yang pernah dijalankan di sebuah lokasi dalam sejarah operasi penyiasatan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat.

Ia juga adalah sebahagian daripada tindakan keras Presiden Donald Trump terhadap kumpulan pendatang di negara tersebut.
Sumber : Agensi berita/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita