Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rundingan kerusi Pilihan Raya Negeri berjalan lancar, kata Menteri Dalam Negeri M'sia

Anggaran Waktu Membaca:
Rundingan kerusi Pilihan Raya Negeri berjalan lancar, kata Menteri Dalam Negeri M'sia

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Menteri Dalam Negeri Malaysia Saifuddin Nasution Ismail. (Gambar: BERNAMA)

KOTA BHARU: Proses rundingan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata terdapat beberapa negeri yang sudahpun mencapai sehingga 90 peratus rundingan dan dijangka selesai sedikit masa lagi.

“Minggu lepas kita ada mesyuarat dihadiri pimpinan utama parti dan mendengar segala persiapan dan status agihan kerusi. Pada pertengahan bulan ini, pimpinan pusat akan meneliti senarai (calon) dan akan memulangkan semula kepada pihak negeri. Saya optimis segalanya mampu diselesaikan sebelum pengumuman pembubaran (Dewan Undangan Negeri).

“Mana-mana parti (dalam Kerajaan Perpaduan) yang sudah ada penyandangnya di sesuatu kawasan, parti lain tidak akan bertanding, kawasan yang akan ditandingi adalah kawasan yang dimenangi PAS atau Bersatu,” katanya.

Encik Saifuddin, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata demikian kepada wartawan selepas menghadiri Program Jelajah Ikon Madani dan Sesi Motivasi Bersama Tokoh Besar di Universiti Malaysia Kelantan, Kota Bharu, pada Jumaat (12 Mei).

Hadir sama ialah Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Profesor Dr Mohammad Agus Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin) Aizuddin Ghazali dan Ikon Madani, usahawan selebriti, Zoey Rahman.

Enam negeri yang akan menghadapi PRN ialah Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Sumber : Bernama/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan