Rundingan kerusi DUN bagi PH-BN belum selesai
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Bernama
KUALA LUMPUR:Pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri masih menjadi teka-teki dengan pemimpin yang hadir terus membisu.
Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, bagaimanapun, berkata perbincangan yang dipengerusikannya berjalan lancar namun tidak dapat mendedahkan perinciannya.
"Tiada komen mengenai butiran tetapi perbincangan berjalan lancar,” katanya kepada wartawan selepas mesyuarat tiga jam itu di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, pada malam Khamis (15 Jun).
Antara pemimpin Kerajaan Perpaduan yang hadir adalah Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan, Pengerusi UMNO Terengganu, Ahmad Said, Timbalan Setiausaha Agung DAP, Liew Chin Tong dan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abd Samad.
Encik Rafizi pada Khamis dilapor berkata rundingan akhir berkaitan pembahagian kerusi antara PH dan BN menumpukan kepada kesepakatan parti komponen dalam Kerajaan Perpaduan bagi menetapkan agihan kerusi DUN.
Enam negeri yang akan mengadakan PRN adalah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.