Skip to main content

Dunia

Rundingan gencatan senjata Israel-Hamas mungkin disambung minggu depan

Anggaran Waktu Membaca:
Rundingan gencatan senjata Israel-Hamas mungkin disambung minggu depan

Kanak-kanak Palestin mengayuh basikal di Bandar Gaza yang musnah dek pengeboman Israel pada 3 Mei 2024. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 26 May 2024 07:22PM
BAITULMAKDIS: Rundingan bagi mencapai satu gencatan senjata dalam perang Israel-Hamas mungkin disambung minggu depan.

Seorang pegawai Israel berkongsi, keputusan tersebut diambil selepas ketua agensi risikan Israel bertemu dengan ketua CIA dan Perdana Menteri Qatar.

Hamas bagaimanapun menyangkal laporan media Israel yang menyatakan bahawa rundingan akan diadakan semula di Kaherah, sambil menambah, tarikh rundingan masih belum ditetapkan.

Di medan pertempuran, Israel terus-menerus membedil Rafah, Bandar Gaza dan kem Jabalia, meskipun ditegah oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
 
Sumber : AGENCIES/FZ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita