Rundingan gencatan senjata di Gaza 'tidak boleh ditangguh lagi': Pemimpin Perancis, Jerman & Britain
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Bashar TALEB)
PARIS: Pemimpin Perancis, Jerman dan Britain pada Isnin (12 Ogos) berkata bahawa rundingan gencatan senjata di Gaza "tidak boleh ditangguhkan lagi", dan ia memberi amaran kepada Iran serta sekutunya untuk tidak "memburukkan lagi" konflik tersebut.
Kenyataan bersama itu dikeluarkan selepas Israel melancarkan salah satu serangan paling dahsyat dalam perang yang sudah memasuki bulan ke-10.
"Pertempuran harus dihentikan sekarang, dan semua tebusan yang diculik Hamas perlu dibebaskan," kata Presiden Perancis Emmanuel Macron, Canselor Jerman Olaf Scholz dan Perdana Menteri Britain Keir Starmer dalam satu kenyataan bersama.
"Rakyat Gaza memerlukan bantuan kemanusian dan bekalan dengan serta-merta."
Mereka juga memuji usaha "tanpa henti" oleh pengantara Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat, untuk mencapai perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan.
Beberapa pusingan rundingan gencatan senjata di Gaza gagal mencapai matlamatnya sehingga kini, kecuali gencatan senjata yang dilaksanakan selama seminggu pada hujung November.
Pengantara antarabangsa juga mengundang Israel dan Hamas untuk menyambung rundingan untuk mencapai perjanjian gencatan senjata dan pembebasan tebusan, sedang pertempuran di Gaza dan pembunuhan ketua kumpulan Hamas meningkatkan ketegangan di Timur Tengah.

BACA:
Dalam kenyataan tersebut, ketiga-tiga pemimpin Eropah itu juga menggesa Iran serta sekutunya "untuk berhenti melancarkan serangan yang dapat meningkatkan lagi ketegangan di rantau itu, dan menjejas peluang untuk mencapai gencatan senjata dan membebaskan tebusan."
Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.