Rundingan gencatan senjata di Gaza catat sedikit kemajuan, meski perjanjian belum dicapai
Anggaran Waktu Membaca:
KAHERAH: Pengantara Amerika Syarikat dan negara-negara Arab mencatatkan sedikit kemajuan dalam usaha mencapai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas di Gaza.
Namun, rundingan tersebut masih belum mencapai kata sepakat, menurut sumber Palestin pada Khamis (9 Jan).
Ketika rundingan diteruskan di Qatar, tentera Israel melancarkan serangan udara di seluruh Carikan Gaza, dengan sekurang-kurangnya 23 orang maut.
Jumlah korban akibat serangan Israel dalam tempoh 24 jam, meningkat kepada 76 orang, kata Kementerian Kesihatan Gaza.
Qatar, Amerika dan Mesir sedang giat berusaha untuk mencapai perjanjian bagi menghentikan konflik yang sudah berlarutan selama 15 bulan itu.
Mereka juga berusaha memastikan pembebasan tebusan yang masih ditahan oleh kumpulan Hamas, sebelum Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menamatkan penggal jawatannya.
Presiden terpilih Donald Trump pula memberi amaran bahawa "akan ada tindakan tegas" sekiranya tebusan tidak dibebaskan sebelum pelantikannya pada 20 Januari.
Seorang pegawai Palestin terlibat dalam rundingan tersebut berkata bahawa ketiadaan perjanjian setakat ini tidak bermakna rundingan menemui jalan buntu.
Katanya lagi, terdapat rundingan yang mendalam antara pihat pengantara dan bertelagah dengan setiap perkataan dan butiran dibincangkan.
"Israel berkeras untuk mengekalkan zon 1 kilometer di sempadan timur dan utara Carikan Gaza, yang akan menghalang penduduk kembali ke rumah mereka dan merupakan pengunduran dari persetujuanyang dicapai pada Julai," kata pegawai itu.
Pada Selasa (7 Jan), Israel menyatakan komitmennya bagi mencapai perjanjian bagi pembebasan tebusan, namun mendakwa berdepan halangan daripada Hamas.
Kedua-dua pihak mengalami kebuntuan selama setahun disebabkan dua isu utama. Hamas menyatakan ia hanya akan membebaskan baki tebusan jika Israel bersetuju untuk menamatkan perang dan mengundurkan semua tenteranya dari Gaza.
Israel menyatakan ia tidak akan menamatkan perang sehingga Hamas dibubarkan dan semua tebusan dibebaskan.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.