Rundingan gencatan senjata bakal disambung semula di Kaherah: Media Mesir
Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk Gaza memeriksa runtuhan bangunan di Rafah pada 27 Mac 2024. (Gambar: Mohammed Abed/AFP)
KAHERAH: Media Mesir melaporkan bahawa rundingan yang bertujuan untuk menjadi perantara gencatan senjata antara Israel dengan Hamas di Carikan Gaza akan disambung semula di Kaherah hari ini (31 Mac).
Ia berlaku beberapa hari selepas Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mempersetujui satu rundingan baharu.
Mesir, Qatar dan sekutu utama Israel, Amerika Syarikat telah menjadi pengantara bagi rundingan sebelumnya, namun tiada perjanjian yang dapat dipersetujui oleh kesemua pihak.
Para pengantara berharap untuk mempersetujui satu gencatan senjata sebelum bulan Ramadan bermula, namun rundingan itu terhenti.
Pada Jumaat lalu, Encik Netanyahu meluluskan rundingan baharu gencatan senjata untuk berlangsung di Doha dan Kaherah.
Pejabatnya berkata perdana menteri Israel telah bercakap dengan ketua agensi risikan Israel David Barnea mengenai rundingan itu, tetapi tidak menjelaskan sama ada Encik Barnea akan melakukan lawatan ke bandar-bandar itu.

Sumber : AGENCIES/IM/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.