Rundingan fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza bermula: Hamas
Anggaran Waktu Membaca:

Penduduk Palestin berjalan sekitar Bandar Gaza pada 4 Feb 2025, yang dipenuhi dengan runtuhan bangunan berikutan serangan darat dan udara tentera Israel terhadap Hamas. (Gambar: Abdel Kareem Hana/AP)
KAHERAH/BAITULMAKDIS: Rundingan telah bermula bagi fasa kedua perjanjian gencatan senjata Gaza tersebut, kata jurucakap kumpulan Hamas pada Selasa (4 Feb).
Fasa pertama gencatan senjata antara kumpulan itu dan Israel berkuat kuasa pada 19 Januari lalu, selepas 15 bulan sejak tercetusnya perang tersebut.
Gencatan senjata itu melibatkan usaha menamatkan pertempuran yang berlaku, pembebasan sebilangan tebusan Israel di bawah penahanan Hamas serta sesetengah tahanan penduduk Palestin di penjara Israel.
Fasa kedua daripada perjanjian itu, yang merangkumi tiga fasa, menumpukan kepada perjanjian untuk membebaskan baki tebusan serta pengunduran tentera Israel dari Gaza.
"Perhubungan (sesama pihak) sudah dibuat dan rundingan bagi fasa kedua telah bermula," jelas jurucakap Hamas Abdel-Latif Al-Qanoua, tanpa memberi sebarang perincian lanjut.
Pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyatakan sebelum ini pada Selasa bahawa Israel sedang bersiap sedia untuk menghantar sebuah kumpulan delegasi peringkat tinggi ke ibu kota Qatar, Doha bagi berunding mengenai pelaksanaan berterusan perjanjian tersebut.
Encik Netanyahu dijangka mengadakan rundingan dengan Presiden Amerika Donald Trump pada Selasa, dengan tumpuan berkemungkinan menghala ke arah gencatan senjata tersebut serta menjalinkan hubungan dengan Arab Saudi.
Perang berkenaan tercetus akibat serangan kumpulan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober lalu, yang meragut 1,200 nyawa, dengan lebih 250 ditahan sebagai tebusan, menurut perangkaan yang didedahkan Israel.
Sejak itu, kempen tentera Israel di Gaza membunuh lebih 47,000 penduduk Palestin, menurut pihak berkuasa kesihatan Palestin.

Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.