Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel bermula

Qatar sudah memulakan perbincangan mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dengan Israel.

Anggaran Waktu Membaca:
Rundingan fasa kedua gencatan senjata Hamas-Israel bermula

Perdana Menteri Qatar Mohammed bin Abdulrahman Jassim Al Thani memberitahu rundingan telah bermula melalui telefon. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 03 Feb 2025 08:40AM Dikemas Kini : 03 Feb 2025 08:41AM
DOHA: Qatar sudah memulakan perbincangan mengenai fasa kedua perjanjian gencatan senjata antara Hamas dengan Israel.

Dalam sidang media bersama Menteri Luar Turki Hakan Fidan di Doha, Perdana Menteri Qatar Mohammed bin Abdulrahman Jassim Al Thani memberitahu rundingan telah bermula melalui panggilan telefon.

"Menurut perjanjian itu, rundingan fasa kedua sepatutnya bermula esok (Isnin).

"Kami telah mula berhubung dengan pihak-pihak terlibat bagi menentukan agenda dan memulakan perbincangan tersebut.

"Setakat ini, masih belum jelas siapa delegasi lain yang akan terlibat dan bila rundingan itu akan berlangsung, tetapi sekurang-kurangnya perbincangan telah bermula melalui telefon.

"Kami berharap dapat melihat perkembangan dalam beberapa hari akan datang.

"Saya tahu bahawa adalah penting untuk memulakan proses ini sekarang bagi mencapai persetujuan sebelum hari ke-42. Ia juga penting untuk menunjukkan komitmen daripada kedua-dua pihak untuk berunding dengan penuh keikhlasan," katanya.

Gencatan senjata fasa pertama telah berlangsung selama dua minggu.

Fasa keduanya pula merangkumi pembebasan baki tebusan serta lanjutan gencatan senjata tanpa had.

Pertempuran dijangka bersambung pada awal Mac ini jika tiada persetujuan dicapai.

Al Thani turut mengulas mengenai cadangan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk memindahkan rakyat Palestin dari Gaza ke Mesir dan Jordan yang berjiran.

Menurut beliau, ia bukan dasar yang disokong oleh pihaknya.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan