Rundingan dengan Iran 'penting' untuk sambung semula pemeriksaan nuklear: IAEA
Anggaran Waktu Membaca:
Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). (Gambar: Reuters)
ISTANBUL: Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) pada Jumaat (4 Jul) mengulangi "keutamaan yang sangat penting" untuk melibatkan Iran bagi menyambung semula pemeriksaan nuklear selepas Tehran menggantung kerjasama dengan pertubuhan itu menyusuli konflik selama 12 hari berkaitan program nuklearnya dengan Israel dan Amerika Syarikat, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Memetik satu kenyataan, laporan itu menyatakan Encik Rafael Grossi mengulangi keutamaan yang sangat penting bagi IAEA untuk berbincang dengan Iran mengenai kaedah menyambung semula aktiviti pemantauan dan pengesahan yang amat diperlukan di Iran secepat mungkin.
Dalam kenyataan berasingan, IAEA memaklumkan bahawa para pemeriksanya yang berada di Iran semasa konflik baru-baru ini akibat serangan Israel sudah kembali ke ibu pejabat agensi itu di Vienna.
Israel telah menyerang lokasi ketenteraan dan nuklear Iran pada 13 Jun, menyebabkan beberapa pegawai tertinggi tentera dan saintis kanan negara itu terbunuh sehingga mencetuskan serangan balas.
Amerika Syarikat kemudian turut terlibat dalam konflik itu apabila mengebom tiga kemudahan nuklear di Iran.
Gencatan senjata yang disokong Amerika berkuat kuasa pada 24 Jun.
Para pegawai Iran mengkritik IAEA kerana gagal mengecam serangan Israel dan Amerika, selain meluluskan satu resolusi pada 12 Jun yang menuduh Tehran tidak mematuhi kewajipan nuklearnya.
Iran turut menuduh Encik Grossi bertindak sebagai pengintip untuk Israel dan mengumumkan bahawa beliau tidak lagi dibenarkan memasuki negara itu.
Pada 25 Jun, Parlimen Iran meluluskan rang undang-undang untuk menggantung kerjasama dengan IAEA.
Badan pengawasan perlembagaan Iran mengesahkan undang-undang itu sehari kemudian dan ia mula berkuat kuasa pada 2 Julai dengan tandatangan Presiden Masoud Pezeshkian.
Iran menegaskan bahawa ia masih komited kepada Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT), namun tidak lagi mempercayai IAEA.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.