Rundingan dagangan AS-China disambung semula di Washington hari ini
Satu lagi pusingan rundingan perdagangan baru antara Amerika Syarikat dengan China akan diadakan lewat hari ini (19 Feb) bagi mengendurkan pertikaian dagangan yang sedia ada antara kedua-dua buah negara.
(Gambar: Mark Ralston/AFP)
WASHINGTON: Satu lagi pusingan rundingan perdagangan baru antara Amerika Syarikat dengan China akan diadakan lewat hari ini (19 Feb) bagi mengendurkan pertikaian dagangan yang sedia ada antara kedua-dua buah negara.
Dalam masa yang sama, satu rundingan peringkat tinggi akan diadakan lewat minggu ini.
Rundingan yang bakal diadakan lewat hari ini adalah susulan daripada rundingan yang diadakan minggu lalu di Beijing.
Rumah Putih menyatakan, rundingan itu bertujuan untuk mencapai perubahan-perubahan struktur yang perlu dilakukan China, bagi mengurangkan konflik perdagangan yang belum lagi dapat dihuraikan sepenuhnya.
Kedua-dua buah negara juga dijangka akan membincangkan ikrar China untuk membeli sebahagian besar barangan dan perkhidmatan dari Amerika Syarikat serta mengurangkan cukai yang bakal dikenakan Amerika Syarikat ke atas barangan dan import China.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.