Skip to main content

Dunia

Rundingan dagang Amerika-China berlanjutan ke hari ke-2

Hari kedua rundingan peringkat tinggi antara Amerika Syarikat dengan China berlarutan hingga ke lewat petang Selasa (10 jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Rundingan dagang Amerika-China berlanjutan ke hari ke-2

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Scott Bessent, dan Naib Premier China, He Lifeng, bergambar bersama Wakil Perdagangan Amerika Syarikat, Jamieson Greer; Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat, Howard Lutnick; Menteri Perdagangan China, Wang Wentao; serta Wakil Perdagangan Antarabangsa China merangkap Timbalan Menteri Perdagangan, Li Chenggang, di London, pada 9 Jun 2025. (Gambar: United States Treasury/Handout melalui REUTERS)

LONDON: Hari kedua rundingan peringkat tinggi antara Amerika Syarikat dengan China berlarutan hingga ke lewat petang Selasa (10 jun).

Ini sedang para pegawai berkumpul di London untuk meleraikan perang perdagangan yang menjejas ekonomi global.

Para perunding, yang memulakan rundingan itu pada sebelah pagi, mengadakan perbincangan sepanjang hari dan berehat seketika sebelum mereka dijangka berkumpul semula pada pukul 8.00 malam waktu tempatan, menurut seorang pegawai Amerika.

Tumpuan kini terhadap keputusan rundingan itu sedang dua ekonomi terbesar di dunia cuba mengatasi kebuntuan berhubung sekatan eksport dan mencapai gencatan senjata berkekalan dalam perang tarif mereka.

Setiausaha Perdaganan Amerika Howard Lutnick sebelum ini memberitahu Bloomberg Television bahawa rundingan itu "berjalan lancar", dan beliau turut menjangkakan ia akan berlangsung "sepanjang hari".

Namun pasaran saham global kekal berwaspada.

Di tengah-tengah rundingan itu, 'kekurangan sorotan berita yang positif memberi tekanan terhadap pasaran saham dan dolar," kata pengarah penyelidikan di platform perdagangan XTB, Kathleen Brooks.

Encik Trump pula berkata kepada wartawan di Rumah Putih pada Isnin: “Kami sedang melakukan yang terbaik dengan China. China tidak mudah.”

Rundingan dimulakan pada Isnin di London, menyusuli pusingan awal perbincangan di Geneva bulan lalu.

Kali ini, eksport China bagi mineral nadir bumi, yang digunakan dalam pelbagai produk termasuk telefon bijak, bateri kenderaan elektrik dan teknologi hijau, dijangka menjadi tumpuan utama agenda perbicangan.
Sumber : AFP/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita